Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan Pintu Gerbang dan Mandung 2026 semarakkan malam 7 likur DUN Kabong
  • Selatan
  • WILAYAH

Pertandingan Pintu Gerbang dan Mandung 2026 semarakkan malam 7 likur DUN Kabong

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENGANJURAN Pertandingan Pintu Gerbang dan Mandung 2026 bersempena malam tujuh likur DUN Kabong.

KABONG: Penganjuran Pertandingan Pintu Gerbang dan Mandung 2026 bersempena malam tujuh likur dijangka menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dengan penglibatan aktif komuniti setempat.

Program anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Kabong dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kabong dengan kerjasama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Kabong itu menawarkan dua kategori utama iaitu Pintu Gerbang JKKK dan Mandung (Individu).

Bagi kategori Pintu Gerbang JKKK, johan bakal membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta piala dan sijil, manakala naib johan menerima RM1,500 serta piala dan sijil. Tempat ketiga pula menawarkan RM1,000 berserta piala dan sijil.

Selain itu, hadiah saguhati turut disediakan kepada pemenang tempat keempat hingga ke-25 berupa RM300 berserta sijil sebagai galakan penyertaan lebih meluas dalam kalangan komuniti.

Sementara itu, bagi kategori Mandung (Individu), johan akan menerima RM500 berserta piala dan sijil, manakala naib johan memperoleh RM400 dan tempat ketiga menerima RM200, masing-masing bersama piala serta sijil.

Pertandingan berkenaan bukan sahaja bertujuan mencungkil kreativiti penduduk dalam menghias pintu gerbang dan menyediakan mandung, malah menjadi medium memperkukuh perpaduan serta semangat gotong-royong sepanjang Ramadan.

Inisiatif tersebut juga dilihat mampu memperindah landskap kampung sekali gus mewujudkan suasana malam Ramadan yang lebih meriah dan bercahaya di sekitar Kabong.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Nur Elffi Amir di talian (012-2939624) atau Senen Wang di talian (012-8556821).

Penganjuran pertandingan seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkasakan budaya komuniti dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dewan Kampung Buangsiul siap dinaiktaraf dengan kos RM600 ribu
Next: Piala Aidilfitri Liga Sembilan Sebelah Maludam, rebut hadiah RM2,000 bergelar juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.