Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan pidato bahasa Iban pupuk jati diri generasi muda
  • Tengah
  • WILAYAH

Pertandingan pidato bahasa Iban pupuk jati diri generasi muda

Utusan Sarawak 12 hours ago
POSTER…Pelajar sekolah menengah di Zon Utara dipelawa untuk menyertai Pertandingan Pidato Bahasa Iban Piala Dato Dr Nuing Jeluing anjuran Persatuan Dayak Miri (DAM).

SIBU: Usaha memartabatkan bahasa dan budaya Iban terus digiatkan menerusi penganjuran Pertandingan Pidato Bahasa Iban Piala Dato Dr Nuing Jeluing anjuran Persatuan Dayak Miri (DAM).

Bertemakan ‘Dikelala Bansa Ari Jaku’, pertandingan yang terbuka kepada pelajar sekolah menengah di utara Sarawak itu bertujuan memupuk keyakinan diri, pemikiran kritis serta kebanggaan terhadap warisan bahasa Iban dalam kalangan generasi muda.

Pengerusi Penganjur, Dr Mary Chalang berkata pertandingan berkenaan bukan sekadar medan pertandingan, malah platform pendidikan yang berimpak tinggi dalam memperkasa identiti masyarakat Dayak.

“Bahasa Iban bukan sekadar medium komunikasi, tetapi lambang identiti kita. Pertandingan ini membuka ruang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri dan mempertajamkan kemahiran berpidato dalam bahasa warisan,” katanya kepada pemberita.

Majlis penutupan akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, yang turut dijadualkan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pertandingan terbuka kepada sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Limbang, Lawas, Baram, Miri, Subis, Bintulu, Belaga serta Tatau/Sebauh.

Sebanyak 25 penyertaan terawal akan dipilih ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos di Ruai Francis Loke, Rumah Dayak Miri, manakala peringkat akhir pula dijadualkan pada 2 Ogos di Perpustakaan Negeri Sarawak, Miri.

Tempoh pendaftaran akan ditutup pada 21 Julai

dan hanya peserta yang layak akan dipanggil ke pusingan seterusnya.

Sehubungan itu, sekolah, guru dan pelajar yang berminat boleh menghubungi Alice Matthew Jawan di talian 014-5943759 atau Dr Mary Chalang di 013-5773001 untuk maklumat lanjut serta urusan pendaftaran.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM43 juta diperuntuk bina jalan baharu Kampung Mentung – Kampung Mayang
Next: Gangguan bekalan air berjadual di Kampung Maang, Siburan hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.