Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pertandingan pickleball meriahkan sambutan Hari Wanita Sedunia 2026 di Bintangor
  • SUKAN

Pertandingan pickleball meriahkan sambutan Hari Wanita Sedunia 2026 di Bintangor

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Ding Koung Hiing bergambar bersama para peserta pertandingan Pickleball sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2026. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Pertandingan Pickleball sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2026 berlangsung meriah apabila menghimpunkan peserta dan komuniti setempat dalam satu acara sukan yang bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, malah memperkasa penglibatan wanita dalam aktiviti sukan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, penganjuran pertandingan tersebut amat bermakna kerana selain menjadi platform aktiviti sukan komuniti, ia turut bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan setiap 8 Mac bagi menghargai peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Pertandingan ini selaras dengan semangat Hari Wanita Sedunia kerana ia bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah dapat memperkasa wanita melalui peningkatan keyakinan diri serta semangat kerjasama berpasukan.

“Sukan pickleball sebagai satu aktiviti yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim selain memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pertandingan bertempat di gelanggang pickleball Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Tee, baru-baru ini.

DATIN Kueh Nai Fun menyerahkan bunga ros kepada peserta wanita sebagai tanda penghargaan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2026. Foto Pusat Khidmat Meradong

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa gembira melihat penglibatan aktif para wanita serta sokongan padu daripada pelbagai pihak dalam menjayakan pertandingan tersebut.

Katanya, penglibatan ini membuktikan bahawa wanita masa kini bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya dan keluarga, malah turut aktif dalam bidang sukan serta kepimpinan masyarakat.

“Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi platform untuk menggalakkan lebih ramai wanita dan golongan belia menyertai aktiviti sukan secara aktif.

Pada majlis sama, isteri beliau Datin Kueh Nai Fun turut menyampaikan bunga ros kepada para peserta wanita yang bertanding sebagai tanda penghargaan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2026.

Koung Hiing turut mengumumkan penyaluran geran khas berjumlah RM5,000 masing-masing kepada Kelab Pickleball Meradong dan Persatuan Lee Meradong bagi menyokong penganjuran serta pelaksanaan aktiviti tahunan pada tahun ini.

Sementara itu, majlis penutupan pertandingan telah dihadiri oleh Tuai Rumah Kichu Ajan selaku wakil kepada Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Tiong Sii turut mengumumkan penyaluran geran khas sebanyak RM3,000 kepada Kelab Pickleball Meradong bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan.

Keputusan akhir pertandingan adalah pasukan Benny High Five MPC muncul sebagai johan, diikuti pasukan Labubu Labu Labi RPC di tempat kedua, Team BPC di tempat ketiga manakala pasukan Island Club menduduki tempat keempat.

Turut hadir Pengerusi Kelab Pickleball Meradong, Ley Chee Hua; Pengerusi Pengelola Pertandingan Pickleball, Koh Siaw Siew dan Penaung Persatuan Lee Meradong, Lee Ngin Soon.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Kelab Pickleball Meradong dengan kerjasama Persatuan Lee Meradong.

Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik gagal akhiri kemarau 19 tahun beregu Malaysia di All England

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.