Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan nyanyian satukan komuniti Sarawak dan Brunei
  • WILAYAH

Pertandingan nyanyian satukan komuniti Sarawak dan Brunei

Utusan Sarawak 5 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing merasmikan pertandingan Juara Elite Lelaki dan Wanita Veteran Sarawak dan Brunei edisi ke-8, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Pertandingan Juara Elite Lelaki dan Wanita Veteran Sarawak dan Brunei edisi ke-8 yang dianjurkan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) terus mendapat sambutan menggalakkan.

Hadir bagi merasmikan pertandingan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, pertandingan yang melibatkan penyertaan peserta lelaki dan wanita berumur 45 tahun ke atas tersebut bertujuan menyemarakkan suasana perayaan perayaan.

“Pertandingan ini menjadi platform memperkukuh nilai kebudayaan, kekeluargaan dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Pertandingan ini bukan sahaja meraikan suasana perayaan yang penuh semangat perayaan, malah menonjolkan nilai budaya dan kekeluargaan yang perlu terus dipelihara,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur yang sentiasa konsisten menganjurkan pertandingan nyanyian sempena perayaan tersebut.

Katanya, komitmen berterusan penganjur telah berjaya menyediakan platform yang bermakna kepada pencinta nyanyian untuk berinteraksi, berkongsi pengalaman dan mempamerkan bakat masing-masing.

“Usaha dan komitmen ini amatlah dihargai kerana seni nyanyian terbukti mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira usia, selagi ada minat dan impian.

“Saya berharap pertandingan ini dapat diteruskan dan diperkasakan dari tahun ke tahun agar terus menjadi acara kebudayaan yang beridentiti serta berprestij di kawasan ini.

“Saya percaya muzik mampu menjadi medium penyatuan masyarakat dan menggalakkan keharmonian serta semangat kebersamaan dalam komuniti,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor periksa 21 unit pili bomba, dua dikesan rosak
Next: Indeks jenayah Mukah menurun, rondaan kawasan tumpuan dipertingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.