Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pertandingan nyanyian Sarawak rai 50 tahun kecemerlangan muzik
  • SEMASA

Pertandingan nyanyian Sarawak rai 50 tahun kecemerlangan muzik

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATUK Hamzah Brahim bersama barisan peserta kategori veteran selepas majlis penyampaian hadiah.

SAMARAHAN: Pertandingan Nyanyian Mandarin Terbuka Lelaki dan Wanita Sarawak ke-50 serta Pertandingan Nyanyian Mandarin Veteran Sarawak ke-5 disifatkan sebagai platform bermakna yang terus memupuk perpaduan dan keharmonian melalui muzik.

Tetamu kehormat, Datuk Hamzah Brahim berkata, pertandingan yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mei di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Jernang, Samarahan itu berjaya menghimpunkan peserta dari seluruh Sarawak tanpa mengira latar belakang.

Menurut beliau, program berkenaan bukan sahaja memberi ruang kepada peserta membina persahabatan melalui nyanyian, malah turut mengetengahkan kepelbagaian budaya yang kaya di negeri ini.

“Pertandingan ini jelas menunjukkan bagaimana muzik mampu menyatukan masyarakat serta menjadi medium penting dalam memupuk keharmonian,” katanya.

DATUK Hamzah Brahim menyampaikan hadiah kepada juara kategori Veteran Wanita, See Pan Hun.

Beliau turut memuji penganjur kerana berjaya mengekalkan standard penganjuran yang tinggi saban tahun selain menyatakan kekaguman terhadap kualiti peserta dari pelbagai bahagian di Sarawak.

Dalam masa sama, beliau berharap pertandingan tersebut akan terus berkembang dan mendapat liputan lebih meluas melalui media arus perdana serta platform media sosial agar industri muzik tempatan terus dihargai.

Sementara itu, Presiden Persatuan Nyanyian Sarawak, Johnny Pang Leong Ming berkata, sejak pertandingan nyanyian lelaki dan wanita diperkenalkan pada 1975, pihaknya komited mengekalkan legasi serta membangunkan acara tersebut sebagai antara pertandingan nyanyian Mandarin paling ikonik di Sarawak.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tanjung Batu berkata, pertandingan itu telah menyaksikan perkembangan ramai penyanyi sepanjang lima dekad, selain menjadi wadah kepada generasi pencinta muzik untuk merealisasikan minat dan bakat mereka.

JOHNNY Pang Leong Ming menyampaikan hadiah kepada juara kategori Veteran Lelaki, Lee Yuan Chin.

Tambahnya, kategori veteran turut menyediakan platform penting kepada penyanyi berpengalaman untuk terus aktif, berkongsi idea dan mempamerkan bakat masing-masing.

“Semua pencapaian ini tidak mungkin dicapai tanpa usaha kolektif serta sokongan berterusan daripada Persatuan Nyanyian Sarawak dan persatuan muzik dari pelbagai bahagian.

“Pertandingan ini telah melahirkan ramai bakat cemerlang dan terus menyuntik semangat baharu dalam budaya muzik Sarawak,” katanya.

Penasihat Kehormat Tetap merangkap pengerusi majlis, Datuk Sim Kiang Chiok pula berkata, edisi kali ini merupakan satu pencapaian penting dalam sejarah penganjuran pertandingan berkenaan.

Menurut beliau, pertandingan ini bukan sekadar mengejar kemenangan, malah menjadi platform untuk memupuk perpaduan, persefahaman serta pertukaran budaya dalam kalangan peserta dari seluruh Sarawak.

Beliau menambah, acara tersebut turut memberi peluang kepada peserta mempertingkatkan teknik nyanyian, menimba pengalaman pentas serta menikmati kepuasan yang dibawa oleh muzik.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ribut petir di kebanyakan negeri hingga 5.00 petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.