Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan Nyanyian Mandarin SJK(C) Sri Aman–Betong kali ke-14 meriah, 14 sekolah sertai
  • Selatan
  • WILAYAH

Pertandingan Nyanyian Mandarin SJK(C) Sri Aman–Betong kali ke-14 meriah, 14 sekolah sertai

Utusan Sarawak 16 hours ago

SRI AMAN: Pertandingan Nyanyian Mandarin Sekolah Kebangsaan Cina (SJK(C)) Bahagian Sri Aman–Betong Kali Ke-14 berlangsung meriah di SJK(C) Chung Hua Pantu dengan penyertaan seramai 55 murid dari 14 sekolah merangkumi kedua-dua bahagian.

Majlis perasmian pertandingan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis, hari ini.

Pertandingan anjuran bersama SJK(C) Chung Hua Pantu dan SJK(C) Chung Hua Bangkong ini menyaksikan penyertaan seimbang, iaitu 28 murid lelaki dan 27 murid perempuan.

Para peserta bertanding dalam empat kategori, melibatkan murid lelaki dan perempuan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua.

Selain mencungkil bakat nyanyian, pertandingan ini turut menjadi medan pemilihan peserta terbaik yang akan mewakili bahagian ke pertandingan peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Bahagian Bintulu pada Ogos akan datang.

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Francis merakamkan penghargaan atas penganjuran pertandingan yang bukan sahaja menyerlahkan bakat murid, malah memperkasa keyakinan diri serta memupuk semangat muhibah dalam kalangan peserta.

“Kita berterima kasih kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan pertandingan yang tidak hanya tertumpu kepada aspek kemenangan semata-mata. Lebih penting ialah bagaimana program sebegini mampu membina keyakinan diri murid untuk tampil di hadapan khalayak,” ujarnya.

Tambah beliau, keyakinan diri merupakan asas penting dalam menghadapi pelbagai cabaran kerjaya pada masa depan, khususnya dalam membuat keputusan yang menentukan halatuju kehidupan seseorang.

Sempena majlis tersebut, Datuk Francis turut menyampaikan sumbangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 masing-masing kepada Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK(C) Chung Hua Pantu dan SJK(C) Chung Hua Bangkong.

Beliau juga mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi pembinaan sebuah dewan serbaguna di SJK(C) Chung Hua Pantu sebagai kemudahan tambahan untuk warga sekolah dan komuniti setempat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 36 penternak terima bantuan ternakan di Marudi
Next: BBP Bintangor laksana ujian berkala bot penyelamat di Sungai Rajang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.