Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan mewarna pupuk semangat cintakan Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Pertandingan mewarna pupuk semangat cintakan Sarawak

Utusan Sarawak 21 hours ago

FOKUS….Para peserta pertandingan mewarna sempena Hari Sarawak 2025 sedang fokus mewarna. Foto PD Taman Susur Jambu

SARIKEI: Seramai 70 peserta telah menyertai pertandingan mewarna anjuran Perpustakaan Desa Taman Susur Jambu sempena sambutan Hari Sarawak 2025.

Penyelia Zon 7 Sarawak, Perpustakaan Negara Malaysia, Aimi Hamizah Adenan berkata, pertandingan itu diadakan sebagai salah satu inisiatif memeriahkan sambutan berkenaan.

“Pertandingan mewarna bertemakan ‘Sarawak Kita, Warisan Kita’ telah diadakan pada Sabtu lalu, dari 2.30 petang hingga 4.30 petang. Ia dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kanak-kanak Tahap 1 dan 2, remaja dan dewasa.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada penduduk sekitar Taman Susur Jambu,” katanya ketika ditemu bual oleh Utusan Sarawak, hari ini.

PENGISIAN AKTIVITI… Antara pengisian aktiviti yang dijalankan selepas pertandingan mewarna. Foto PD Taman Susur Jambu

Katanya, pertandingan mewarna tersebut bertujuan memupuk semangat cintakan negeri Sarawak dalam kalangan peserta.

“Selain itu, ia juga diadakan bagi mengiktiraf peranan tokoh dan pemimpin Sarawak terdahulu dalam usaha mencapai kemerdekaan serta pembentukan Malaysia.

“Di samping itu, pertandingan ini turut menyemarakkan rasa bangga terhadap identiti Sarawak sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa.

PENGISIAN AKTIVITI….Antara pengisian aktiviti yang dijalankan selepas pertandingan mewarna. Foto PD Taman Susur Jambu

“Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman generasi muda mengenai sejarah penubuhan Sarawak sebagai sebuah wilayah merdeka dalam Malaysia,” jelasnya.

Katanya, pertandingan mewarna itu bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negeri Sarawak dalam kalangan peserta.

“Selain itu, ia juga diadakan bagi menghargai sumbangan tokoh dan pemimpin terdahulu yang memainkan peranan penting dalam usaha mencapai kemerdekaan serta pembentukan Malaysia.

AIMI Hamizah Adenan.

“Pertandingan ini turut menyemarakkan rasa bangga terhadap identiti Sarawak sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa.

“Di samping itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman generasi muda terhadap sejarah penubuhan Sarawak sebagai sebuah wilayah merdeka dalam Malaysia,” jelasnya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 30 peserta KEMAS sertai program kesedaran awam di BBP Bintangor
Next: Huang sumbang katil pesakit boleh laras kepada dua warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.