Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan memancing udang SUPP Bawang Assan tarik ramai belia
  • Tengah
  • WILAYAH

Pertandingan memancing udang SUPP Bawang Assan tarik ramai belia

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEKITAR pertandingan memancing udang anjuran Sayap Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan baru-baru ini.

SIBU: Sayap Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan telah menganjurkan pertandingan memancing udang yang berjaya menarik penyertaan ramai golongan belia baru-baru ini.

Program yang berlangsung dalam suasana santai itu dirancang rapi oleh Ketua Pemuda, Kapitan Chew Hoo Kiong bersama ahli jawatankuasa penganjur, Ling Wan Kiong, bagi memastikan perjalanan pertandingan teratur dan lancar.

Selain menguji kesabaran, aktiviti memancing turut menjadi ruang buat para belia berinteraksi, beristirahat daripada rutin harian serta mengukuhkan hubungan sesama mereka.

Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau berkata aktiviti seumpama itu bukan sekadar menyatukan belia, malah berfungsi sebagai platform penting untuk memperkukuh perpaduan parti.

“Golongan muda ialah masa depan parti. Walaupun sibuk dengan kerja harian, kami berharap mereka terus hadir menyertai aktiviti seperti ini untuk saling menyokong dan berkembang bersama,” katanya.

Menurutnya, SUPP Cawangan Bawang Assan komited menyokong Sayap Pemuda dalam menganjurkan lebih banyak program yang mampu menarik penglibatan belia secara lebih meluas.

“Selain berseronok, kami berharap mereka turut memikul tanggungjawab berkhidmat kepada komuniti dan bersama-sama memajukan Bawang Assan serta Sarawak,” ujarnya.

Beliau turut menggesa belia agar terus kekal bersatu dan bersemangat, membentuk pasukan lebih dinamik sebagai asas kepada masa depan parti.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pusat Khidmat ADUN Kalaka, Pejabat Daerah Saratok kerjasama bantu pemilik rumah PPRT
Next: Lima projek RTP 2025 siap, bukti komitmen perkasakan kemudahan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.