Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pertandingan memancing di Sungai Lundu dapat sambutan hangat
  • TEMPATAN

Pertandingan memancing di Sungai Lundu dapat sambutan hangat

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan merakamkan gambar kenangan bersama peserta Pertandingan Memancing Udang Galah 2025. Foto UKAS

LUNDU: Kecekapan dan ketekunan Nik Mohd Arif Nik Haron di tebing Sungai Lundu nyata membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memancing Udang Galah 2025, menewaskan lebih 100 peserta lain dari dalam dan luar daerah.

Beliau berjaya merangkul gelaran tersebut selepas mendaratkan udang galah seberat 360 gram, sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM1,500 dalam acara yang berlangsung meriah di Tebingan Sungai Lundu semalam.

Tempat kedua dimenangi oleh Abdul Firdaus Dumilanau Hasan yang memperoleh udang seberat 295 gram dan membawa pulang RM1,000, manakala tempat ketiga menjadi milik Mohd Shahfizan Tahar dengan tangkapan seberat 230 gram, melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM750.

Pertandingan anjuran Pergerakan Pemuda Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tanjong Datu dengan kerjasama Geng Kalan Kubu itu berjaya menarik penyertaan seramai 107 peserta, sekali gus mencerminkan sambutan hangat dalam kalangan pemancing dan penggemar aktiviti rekreasi luar.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, yang turut menyatakan penghargaan kepada pihak penganjur atas inisiatif mengadakan pertandingan tersebut.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyatakan hasrat agar pertandingan ini dijadikan acara tahunan bagi menggalakkan aktiviti riadah sihat di samping menarik kehadiran lebih ramai pelancong domestik ke Lundu.

“Program seperti ini bukan sahaja memupuk minat terhadap aktiviti memancing, tetapi juga mengeratkan hubungan komuniti dan mempromosi Sungai Lundu sebagai lokasi riadah yang menarik,” ujarnya. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Penantian 15 tahun berakhir, projek Jalan Kampung Kupang–Simpang Bajau dimulakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.