Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan lampu berhias eratkan hubungan komuniti kampung
  • Tengah
  • WILAYAH

Pertandingan lampu berhias eratkan hubungan komuniti kampung

Utusan Sarawak 4 hours ago
 ADUN Tanjong Batu, Ts Johnny Pang Leong Ming menyerahkan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 kepada Mulyadi Jimali.

BINTULU: Pertandingan lampu berhias (bertuntung) sempena Aidilfitri di Kampung Assyakirin dan Kampung Jabai bukan sahaja menceriakan suasana kampung, malah berjaya mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk dan ahli keluarga.

Usaha dan kerjasama erat dalam kalangan ahli keluarga membawa tuah kepada Mulyadi Jimali dari Kampung Assyakirin Fasa 2 apabila dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut yang melibatkan beberapa kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu.

Wakil keluarga, Muzhaffar Khalaf Mulyadi berkata, kemenangan itu memberi kepuasan kepada mereka selepas berganding bahu menyiapkan hiasan lampu raya berkenaan.

“Alhamdulillah, kami sangat gembira apabila mendapat tempat pertama.

“Hiasan ini dihasilkan oleh ayah saya dengan kerjasama abang serta saudara-mara yang datang dari Kuching,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Menurutnya, penyertaan dalam pertandingan itu bukan sekadar untuk meraih kemenangan, tetapi sebagai usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping memeriahkan sambutan Aidilfitri di kampung.

Sementara itu, tempat ketiga dimenangi Yusup Che Mat dari kampung yang sama yang menyifatkan penyertaan kali ini dilakukan dengan lebih bersungguh-sungguh berbanding tahun sebelumnya.

MUZHAFFAR Khalaf Mulyadi (kiri) bersama ayahnya, Mulyadi Jimali (kanan).

“Kami sudah beberapa kali menyertai pertandingan ini, tetapi kali ini kami buat persiapan secara bersungguh-sungguh.

“Pertandingan juga lebih besar kerana melibatkan beberapa kawasan di Kampung Assyakirin seperti Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Kampung Jabai,” katanya.

Beliau berkata, program tersebut memberi manfaat kepada penduduk kerana bukan sahaja menceriakan suasana kampung, malah memupuk semangat kerjasama dalam kalangan komuniti.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Ts Johnny Pang Leong Ming atas sokongan dan galakan kepada penduduk untuk menyertai pertandingan tersebut.

“Terima kasih kepada beliau yang banyak memberi semangat dan membantu penduduk kampung. 

“Program seperti ini memang sangat baik untuk komuniti,” katanya.

Tempat kedua pula dimenangi Nurhaizum Johny dari Kampung Jabai.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Johnny Pang dalam satu majlis ringkas di Pusat Khidmat SUPP Cawangan Bintulu, hari ini.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JCI Sarikei galak masyarakat amalkan derma darah
Next: Sokongan kepada GPS penting demi pembangunan berterusan – Gerawat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.