Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan kicau burung murai di Utara Sarawak
  • WILAYAH

Pertandingan kicau burung murai di Utara Sarawak

Utusan Sarawak 4 months ago

PEMINAT MURAI BATU...Steve bersama sebahagian peserta yang turut serta dalam pertandingan kicauan burung Murai Batu di Lawas.

LAWAS: Pertandingan Seni Kicau Burung Murai Batu Terbuka 2025 berjaya memikat penyertaan 159 peserta dari Lawas, Limbang dan Sabah. 

Penyertaan dari Sabah melibatkan peminat Burung Murai Batu Daerah Sandakan, Menumbok, Kinabatangan, Mengatal, Lumadan Baeufort, Sipitang, Kota Kinabalu dan Tuaran. 

Exco Saberkas Sarawak Steve Lius memberitahu pertandingan ini adalah anjuran Saberkas Cawangan Ba’kelalan dengan kerjasama Kelab Burung Murai Batu Lawas. 

“Ini merupakan program pembuka tahun untuk Saberkas Cawangan Ba’kelalan dan rentetan daripada itu, kita akan terus menjalankan program yang telah dirancang awal. 

“Malahan kita di Saberkas Ba’kelalan akan terus berkolaborasi dengan rakan kita Saberkas Cawangan Bukit Sari, lain-lain NGO dan jabatan kerajaan di Lawas ini untuk kita dekati golongan sasar, ” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang petang semalam. 

Mengenai pertandingan Burung Murai Batu ini, beliau menjelaskan ramai yang memelihara burung ini kerana minat dan juga kerana kemerduan kicauan burung ini. 

Malahan beliau turut mengesahkan acara ini sememangnya mempunyai ramai peminat di utara Sarawak dan Sabah khususnya. 

Penyertaaan peserta dari negara Brunei dan Kalimantan tidak dapat diadakan kerana mereka memerlukan permit khas dari pihak jabatan bertanggungjawab. 

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: 20 peserta sertai bengkel proses mi kuningĀ 
Next: Projek naik taraf kawasan parkir rumah panjang diluluskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.