
MARUDI: Sempena sambutan Hari Wesak, Persatuan Buddha Marudi mengadakan pertandingan kaligrafi bahasa Cina dan mewarna untuk murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) diadakan di Dataran Marudi.
Sambutan menggalakkan dan dianggarkan lebih 50 peserta menyertai pertandingan mewarna dan lebih 10 peserta menyertai pertandingan kaligrafi bahasa Cina.
Pertandingan tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori dan sekolah yang mengambil bahagian ialah SJKC Sungai Jaong, SJKC Chung Hua, Tadika Methodist dan Tadika Yuk Ing.
Pihak pengelola Persatuan Buddha Marudi memberitahu pertandingan kaligrafi dan pertandingan mewarna diadakan setiap tahun bagi menyambut perayaan Wesak sambil merapatkan tali perpaduan antara kaum terutama bagi murid-murid Bumiputera dan berbangsa Cina.
Selain itu, sambutan pertandingan kaligrafi tahun ini mendapat sambutan baik daripada murid-murid Bumiputera di mana penyertaan mereka ini dapat mempertingkatkan mutu penulisan dalam bahasa Cina.
Oleh Jiku Juguong