Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan Busana Kitar Semula Cilik curi tumpuan di Pesta Daro
  • Utara
  • WILAYAH

Pertandingan Busana Kitar Semula Cilik curi tumpuan di Pesta Daro

Utusan Sarawak 1 day ago
UNTUK KENANGAN…Ahmad Johnie bersama barisan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama para peserta Pertandingan Putera Hensem dan Puteri Jawak di Pentas Utama, Pesta Daro malam tadi.

DARO: Pertandingan Putera Hensem dan Puteri Jawak sempena Pesta Daro 2025 yang mengetengahkan tema 3R (Kitar Semula, Guna Semula dan Kurangkan) mencuri perhatian ramai apabila seramai 35 peserta cilik tampil memperagakan busana berasaskan bahan kitar semula.

Pertandingan yang berlangsung di Pentas Utama Pesta Daro malam tadi menyaksikan para peserta, terdiri daripada murid prasekolah, tampil dengan kostum unik dan kreatif menggunakan bahan seperti plastik sampah, surat khabar lama, botol plastik, kertas terpakai dan pelbagai lagi.

PARA PESERTA…..Memperagakan kreativiti rekaan busana pada Pertandingan Putera Hensem dan Puteri Jawak di Pentas Utama, Pesta Daro malam tadi.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi ketika dihubungi menyifatkan pertandingan tersebut sebagai usaha yang bukan sahaja mendidik kanak-kanak tentang kepentingan pengurusan sisa, malah menyemai rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar sejak awal usia.

Menurutnya, kreativiti yang dipaparkan memberi mesej jelas tentang keupayaan pendidikan tidak formal dalam membentuk kesedaran sivik dan kelestarian.

Tambah beliau, program seperti ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada peserta tentang kepentingan menjaga alam sekitar, malah turut berperanan membina keyakinan diri apabila mereka beraksi di hadapan khalayak ramai.

Katanya lagi, usaha murni Jabatan Pendidikan Daerah Daro selaku penganjur wajar dipuji kerana berjaya menggabungkan unsur hiburan, pendidikan dan kesedaran dalam satu acara yang menyeronokkan.

Turut memeriahkan malam tersebut ialah pertandingan karaoke akhir yang diadakan di pentas sama, menjadikan suasana Pesta Daro 2025 terus meriah dengan pelbagai aktiviti komuniti.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: RM2.1 juta disalurkan kepada 1,769 peserta DUN Kemena di bawah RMK-12
Next: Krisis air di luar bandar: Awang Tengah gesa tindakan segera, larang pembakaran terbuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.