Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pertandingan boling PBB Batu Kawa perkukuh semangat kekeluargaan GPS
  • SUKAN

Pertandingan boling PBB Batu Kawa perkukuh semangat kekeluargaan GPS

Utusan Sarawak 6 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan Pertandingan Boling PBB Batu Kawa N14 Tahun 2026 yang berlangsung di Emart Mega Lanes, Batu Kawa.

BATU KAWA: Sebanyak 23 pasukan menyertai Pertandingan Boling PBB Batu Kawa N14 Tahun 2026 yang berlangsung di Emart Mega Lanes, Batu Kawa hari ini.

Program itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuh semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Program tersebut menghimpunkan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), wakil parti komponen GPS, pertubuhan belia, badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat setempat dalam suasana mesra dan harmoni.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian.

Ahli Dewan Negara, Senator Dato Ahmad Ibrahim yang tidak dapat hadir kerana menghadiri sesi taklimat pra-persidangan Parlimen di Putrajaya telah diwakili Timbalan Ketua PBB Batu Kawa, Affry Tony.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh wakilnya, Ahmad berkata kerjasama erat antara PBB dan SUPP di bawah GPS menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan pembangunan berterusan di Sarawak.

Menurut beliau, pertandingan tersebut bukan sekadar aktiviti rekreasi dan kesukanan, malah menjadi medium memperkukuh perpaduan, semangat kerjasama serta hubungan dalam kalangan ahli parti dan masyarakat.

“Program seperti ini telah menjadi sebahagian daripada usaha saya untuk mendekati masyarakat, mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan hubungan dalam komuniti.

“Saya percaya aktiviti sukan dan rekreasi merupakan platform yang sangat berkesan untuk menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang, usia atau kedudukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sukan mampu membentuk semangat berpasukan, memupuk disiplin, meningkatkan kesihatan serta memperkukuh hubungan sesama anggota masyarakat.

Pada masa sama, beliau menggesa generasi muda agar terus menghayati nilai perpaduan, kesukanan dan kebersamaan kerana mereka merupakan pelapis kepimpinan masa depan yang akan meneruskan agenda pembangunan negeri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur, penaja, sukarelawan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Beliau berharap pertandingan seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkukuh hubungan masyarakat, menggalakkan gaya hidup sihat serta mempereratkan lagi hubungan dalam keluarga besar GPS.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sekatan perjalanan Iran ke Piala Dunia akan dilonggarkan, kata jurulatih
Next: Presiden FIFA dikritik kerana kerap guna jet peribadi sepanjang Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.