Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pertandingan BICC 2025 di Sarawak, tarik penyertaan antarabangsa
  • PENDIDIKAN

Pertandingan BICC 2025 di Sarawak, tarik penyertaan antarabangsa

Utusan Sarawak 22 hours ago
SALAH satu pameran BICC 2025 di Hotel Grand Continental Kuching, hari ini. Foto: Adele Rissa

KUCHING: Sarawak mencatat satu lagi pencapaian cemerlang dalam dunia pendidikan inovatif apabila menjadi tuan rumah Pertandingan Kreativiti dan Inovasi Antarabangsa Borneo (BICC) 2025 yang berlangsung meriah di Hotel Grand Continental hari ini.

Menurut Presiden Pertubuhan Saintis Muda Malaysia (MYSO), Razmi Abdul Razak pertandingan ini bertujuan memupuk budaya inovasi serta memperkasa minat pelajar terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan dan dasar negara untuk membentuk masyarakat celik teknologi dan bersedia bersaing di peringkat global.

“Kami melihat potensi besar dalam membudayakan STEM di Sarawak. Siri program kami terus berkembang termasuk pertandingan Festival Prasiswazah Serantau Asia (ASIARUF), Cabaran Matlamat Pembangunan Mampan Sedunia dan Pentas Akhir ISOXI-IMOXI di Osaka, Jepun,” ujar Razmi.

Razmi turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee atas sokongan penuh yang diberikan serta kehadiran beliau sebagai tetamu kehormat pada majlis penyampaian hadiah yang dijadualkan pada 28 Jun ini.

Katanya, pertandingan anjuran bersama MYSO dan Pertubuhan Aspirasi Guru Sarawak (PAGS) ini berjaya menghimpunkan lebih 650 peserta dari dalam dan luar negara, menjadikan acara ini antara pertandingan inovasi pendidikan terbesar pernah dianjurkan di Malaysia dan pertama kali diadakan di Borneo.

Sebanyak 93 penyertaan telah diterima dari pelbagai daerah di Sarawak termasuk Kuching, Miri, Sibu, Samarahan dan Bintulu, menandakan komitmen tinggi negeri ini terhadap pembangunan pendidikan inovatif yang menyeluruh.

Pertandingan ini dijalankan secara hibrid melibatkan peserta dari 15 negara termasuk Emiriah Arab Bersatu, India, Bangladesh, Mesir, Turkmenistan, Romania, Thailand, Filipina dan Nepal.

Selepas BICC 2025, MYSO turut merancang beberapa lagi acara antarabangsa sepanjang tahun ini iaitu Pertandingan Olimpik Matematik, Sains dan bahasa Inggeris yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Ogos ini.

Turut dijadualkan ialah Cabaran Matlamat Pembangunan Mampan Sedunia pada September diikuti Pentas Akhir ISOXI dan IMOXI di Osaka pada Disember yang bakal menghimpunkan penyertaan dari lebih 20 negara.

Penganjuran terbesar dijangka berlangsung tahun hadapan menerusi Inovasi Setem Belia Sedunia 2026 (YC 2026) di Bangkok. 

Tahun ini, acara sama yang berlangsung di Medan mencatat 700 penyertaan dan diiktiraf oleh Rekod Malaysia sebagai pertandingan inovasi luar negara terbesar yang melibatkan pelajar Malaysia.

Oleh Adele Rissa

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Ibu bapa DUN Kalaka digesa rebut peluang Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak
Next: Inovasi guru Sarawak perkasa pembelajaran STEM, sokongan kesihatan mental di BICC 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.