Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan Bercerita 2026 cungkil bakat kanak-kanak di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Pertandingan Bercerita 2026 cungkil bakat kanak-kanak di Bintulu

Utusan Sarawak 3 hours ago
POSTER Pertandingan bercerita sempena Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 anjuran Perpustakaan Awam BDA yang akan diadakan di ParkCity Mall, Bintulu

BINTULU: Perpustakaan Awam BDA Bintulu bakal menganjurkan Pertandingan Bercerita 2026 sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit bagi menggalakkan minat membaca serta meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam seni penceritaan.

Program tersebut dijadual berlangsung pada 25 April 2026 (Sabtu), bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di ParkCity Mall Bintulu.

Menurut penganjur, pertandingan ini terbuka kepada dua kategori iaitu Kategori A (Bahasa Melayu) dan Kategori B (Bahasa Inggeris) bagi kanak-kanak Tahap 2 berumur 10 hingga 12 tahun. Setiap kategori dihadkan kepada 10 peserta sahaja, menjadikan penyertaan amat terhad dan kompetitif.

Ibu bapa dan penjaga digalakkan untuk merebut peluang ini bagi mencungkil bakat anak-anak dalam bidang penceritaan, di samping membantu membina keyakinan diri serta kemahiran komunikasi sejak usia muda.

Program sebegini memberi pelbagai manfaat kepada peserta, antaranya meningkatkan kemahiran berbahasa dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, memperkaya daya imaginasi serta kreativiti, serta melatih keberanian untuk berucap di hadapan khalayak. Selain itu, ia juga mampu memupuk minat membaca secara konsisten serta membentuk pemikiran kritis dalam kalangan kanak-kanak.

Orang ramai yang berminat dinasihatkan untuk mendaftar sebelum tarikh tutup pada 23 April 2026. Maklumat lanjut serta pendaftaran boleh dibuat melalui pautan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat, selaras dengan usaha melahirkan generasi berilmu, kreatif dan berdaya saing pada masa hadapan.

Oleh Faizah Muzidi

Continue Reading

Previous: 158 pintu rumah panjang di DUN Repok terima projek pintu
Next: Bantuan bekalan air disalurkan kepada penduduk terjejas di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.