Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pertandingan Bahasa Cina SJKC Sarikei serlahkan potensi akademik murid
  • PENDIDIKAN

Pertandingan Bahasa Cina SJKC Sarikei serlahkan potensi akademik murid

Utusan Sarawak 1 day ago
 UNTUK ALBUM…..ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama para peserta pertandingan.

BINTANGOR: Pertandingan ujian bertulis Bahasa Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 2025 Bahagian Sarikei bukan sekadar medan menguji pengetahuan, malah turut menjadi platform penting dalam melatih pemikiran dan mencungkil potensi murid secara menyeluruh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, penganjuran pertandingan ini mencerminkan nilai pendidikan yang tinggi dan berperanan besar dalam pembangunan sahsiah serta daya saing murid.

“Ia bukan sekadar pentas untuk menguji pengetahuan, tetapi juga satu platform untuk melatih pemikiran dan mencungkil potensi para murid.

“Melihat ramai murid yang bersemangat dan rajin belajar pada hari ini, saya amat gembira dan penuh keyakinan terhadap masa depan negara kita,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan pertandingan yang berlangsung di SJKC Kai Chung, baru-baru ini.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran Persatuan Lembaga Bersatu Pengurusan Sekolah Rendah Cina Bantuan Bahagian Sarikei dan dikelolakan oleh Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Meradong.

Dalam ucapannya, beliau turut menyampaikan pesanan kepada semua peserta agar sentiasa berbangga dengan usaha mereka serta tidak mudah berputus asa.

“Sama ada memperoleh kemenangan ataupun tidak, anda tetap wajar berasa bangga.

“Keberanian anda untuk mencabar diri sendiri dan melangkah ke medan pertandingan merupakan satu bentuk pencapaian dan perkembangan diri yang sangat berharga,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa pendidikan merupakan asas utama dalam pembangunan negara, manakala pendidikan peringkat rendah ialah tunjang kepada pembentukan generasi berkualiti.

“Kerajaan akan terus komited menyokong pembangunan sektor pendidikan, khususnya dalam usaha menyediakan sumber pendidikan yang berkualiti dan saksama agar murid di kawasan bandar dan luar bandar mendapat peluang pembangunan yang seimbang,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Lembaga Bersatu Pengurusan Sekolah Rendah Cina Bantuan Bahagian Sarikei Sia Sie Ong, Pengerusi Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Meradong Chiew Hua Kin, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Fung Gan Fung, dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Tang Kah Chen.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Guru besar tonggak kepimpinan pendidikan
Next: Isu kekurangan guru, pengetua di SMK Lawas dibawa ke Parlimen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.