Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Pertandingan 3M uji penguasaan pelajar PLF
  • STAIL

Pertandingan 3M uji penguasaan pelajar PLF

Utusan Sarawak 2 years ago

Kelas PLF dikelolakan oleh KEMAS bagi memberi peluang kepada golongan dewasa, belia dan beliawanis serta remaja yang tercicir persekolahan untuk menjadi celik huruf dan celik angka.

SETELAH menimba ilmu untuk beberapa bulan lamanya,  maka sampai masanya untuk menguji sejauh mana ilmu dan kemahiran yang telah dikuasai oleh para pelajar. 

Justeru, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang mengendalikan Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF), menganjurkan Pertandingan 3M untuk 17 pelajar PLF atau sebelum ini dikenali sebagai Kelas Dewasa.

Untuk kali ini, ia menggabungkan empat kelas PLF iaitu Kelas PLF Rumah Lalo Sungai Selejau, Kelas PLF Kampung Pemindahan B, Kelas PLF Rumah Michael Salengkor dan Kelas PLF Outreach Rumah Billy Sungai Engkaras.

Berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Marudi, tiga pertandingan berasaskan Menulis, Membaca dan Mengira (3M) diadakan.

Antara objektif pertandingan ini badalah untuk membantu peserta berani mencuba sesuatu yang di luar zon selesa mereka. 

Selain itu, aktiviti di luar kelas dapat membantu peserta untuk saling mengenali kerana sebelum ini mereka teruja melihat perkembangan masing-masing melalaui pautan laman sosial Facebook yang selalui ditunjukkan oleh guru.

JUARA Pertandingan Mewarna Agatha Rosy.

Secara langsung, aktiviti bersua muka seperti ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara mereka.

Di dalam Pertandingan Mewarna, ia dapat meningkatkan daya kreativiti dan inovasi peserta, selain dapat menonjolkan bakat mereka bermain warna untuk menghasilkan lukisan yang cantik.

Pertandingan Tulisan Cantik pula dapat menyedarkan peserta tentang kepentingan tulisan mereka sebagai bukti hasil pembelajaran. 

Secara tidak langsung, ia dapat mendorong peerta untuk memperbaiki tulisan masing-masing apabila mendapati kecantikan dan kekemasan tulisan boleh dinilai dalam sesebuah pertandingan.

PEMENANG pertama Pertandingan Kira-Kira, Lina Munau.

Sementara itu, Pertandingan Kira-Kira dapat memperkukuh penguasaan kira-kira dalam kalangan peserta yang rata-ratanya sudah pada tahap usia emas.   

Selain itu, ia juga membantu meningkatkan kecekapan peserta dalam menjawab soalan kira-kira dengan lebih pantas.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Penolong Pegawai Kemahiran & Komuniti, Hamisah Saadi, Pegawai PEDI Daerah Marudi, Victoria Ulok dan Pemaju Masyarakat Literasi Fungsian, Cikgu Rita Sultan Abdullah.

Sementara itu, kelas PLF dikelolakan oleh KEMAS bagi memberi peluang kepada golongan dewasa, belia dan beliawanis serta  remaja yang tercicir persekolahan untuk menjadi celik huruf dan celik angka.

JUARA Pertandingan Tulisan Cantik Nura Nyanau.

Peserta kelas ini terdiri daripada mereka yang pernah bersekolah tetapi tidak menamatkan sesi persekolahan atau tidak pernah ke sekolah langsung dan peluang juga diberikan kepada golongan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri seperti tiada sijil lahir dan tiada kad pengenalan .

Had umur adalah dari tujuh tahun sehingga 60 tahun tetapi tertakluk kepada daya penglihatan  atau kemampuan peserta sendiri. T

Tunjang utama kelas ini ialah 3M bagi memberi peluang peserta untuk berdikari di dalam urusan kehidupan seharian.

Oleh HAINI DARANI

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar tahap sara diri dalam pengeluaran padi
Next: Rezeki berganda bagi pengusaha kek – Cake Tageh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.