Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pertamina umum penemuan telaga minyak baharu di Sumatera
  • GLOBAL

Pertamina umum penemuan telaga minyak baharu di Sumatera

Utusan Sarawak 1 day ago
Foto fail

JAKARTA: Syarikat tenaga milik kerajaan Indonesia, Pertamina mengumumkan penemuan sebuah telaga minyak baharu dengan potensi pengeluaran sehingga 3,442 tong minyak sehari (BOPD) di Adera Field, kawasan operasi minyak dan gasnya yang terletak di Sumatera Selatan, Indonesia.

Menurut satu kenyataan media, penemuan oleh PT Pertamina EP (PEP) Adera Field itu adalah hasil integrasi data seismik Abab 3D yang diperoleh pada 2023, susulan kajian yang dijalankan oleh pasukan Geologi, Geofizik, Takungan dan Pengeluaran di PEP Adera Field.

Pengurus Besar Pertamina EP Zon 4 Djudjuwanto berkata melalui analisis data seismik yang lebih terperinci, pasukan itu dapat memetakan arah dan taburan lapisan takungan dengan lebih tepat, sekali gus meningkatkan kebarangkalian kejayaan penggerudian.

“Telaga ABB-143 (U1) (telaga baharu) dijangka menyumbang tambahan pengeluaran harian sekitar 458 BOPD di bawah keadaan operasi tertentu, dengan anggaran perolehan minyak keseluruhan atau Anggaran Pemulihan Muktamad (EUR) kira-kira 750,000 tong berdasarkan perbandingan dengan telaga rujukan,” katanya seperti dipetik dalam kenyataan itu.

Beliau berkata penemuan telaga baharu itu akan memberikan dorongan kepada PEP Adera Field dalam meningkatkan pengeluaran minyak dan gas pada 2026, selain menyokong sasaran kerajaan untuk mencapai pengeluaran minyak sebanyak 1 juta BOPD.

Pertamina memaklumkan bahawa ujian selama dua jam telah dijalankan pada 30 Disember dan telaga itu menunjukkan keupayaan pengeluaran sebanyak 3,442 BOPD.

“Ujian selama dua jam itu dianggap lebih mewakili keadaan aliran stabil. Ujian aliran awal diadakan bagi menentukan kebolehanhantaran maksimum telaga atau keupayaannya menghasilkan minyak secara semula jadi,” tambahnya.

Sementara itu, Naib Presiden Komunikasi Korporat Pertamina Muhammad Baron berkata Pertamina komited untuk mempercepatkan usaha mencapai sara diri tenaga negara selaras dengan agenda Asta Cita kerajaan dengan mengutamakan program utama dalam sektor huluan minyak dan gas.

“Pertamina memperuntukkan perbelanjaan modal yang besar dalam sektor huluan bagi menggalakkan penggerudian berskala besar dan inovatif, yang akan memberi kesan signifikan terhadap penemuan serta peningkatan pengeluaran minyak dan gas negara,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 6.4 melanda perairan selatan Filipina, tiada amaran tsunami
Next: 4 maut, 23 cedera dalam kemalangan bas di Nepal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.