Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pertambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak selaras dengan kehendak MA63 – Hajiji
  • SEMASA

Pertambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak selaras dengan kehendak MA63 – Hajiji

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENGERUSI Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga calon N.12 Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor bersalaman dengan jentera kempen GRS ketika menghadiri pertemuan bersama jentera pilihan raya kawasan itu di Dewan Rumpun Bajau Samah, Kampung Lok Batik, hari ini. Foto Bernama

TUARAN: Persetujuan secara dasara Kerajaan Persekutuan untuk menambah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak adalah selaras dengan kehendak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan langkah yang positif dalam merealisi tuntutan MA63 dan beliau menyambut baik persetujuan kerajaan mengenainya.

“Ini semestinya yang ditunggu-tunggu oleh Sabah dan Sarawak untuk kita mendapatkan tambahan bilangan kerusi Parlimen. Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri yang agak besar dan wajar diberi pertimbangan khas untuk tambah kerusi Parlimen.

“Ia juga seperti yang termaktub dalam MA63, iaitu Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya mempunyai satu pertiga bilangan kerusi di Parlimen,” katanya dalam kenyataan selepas pertemuan dengan jentera pilihan raya GRS Sulaman di Kampung Lok Batik di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata kerajaan secara dasarnya bersetuju menambah bilangan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak mengambil kira jumlah pengundi di kedua-dua negeri berkenaan. 

Perdana Menteri berkata kerajaan komited untuk menambah bilangan kerusi bagi kedua-dua negeri berkenaan mengikut keperluan.

Sementara itu, Hajiji berkata pertambahan kerusi diperlukan memandangkan terdapat kawasan Parlimen yang mengalami peningkatan penduduk seperti di Kinabatangan dan Tuaran.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri,” katanya.

Sabah dan Sarawak masing-masing memiliki 25 dan 31 kerusi Parlimen.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak gesa rakyat perkukuh tanggungjawab jaga sungai demi generasi akan datang
Next: Semporna ‘syurga pelancong’, rancakkan ekonomi tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.