Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PERTAMA DI MALAYSIA
  • TEMPATAN

PERTAMA DI MALAYSIA

Utusan Sarawak 4 years ago
METERAI… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyaksikan Majlis pertukaran MoU antara SMA yang diwakili Dr. Zaidi (dua, kiri) dan Huawei Malaysia yang diwakili Ketua Pengarah Huawei, Michael Yuan (kanan) di Wisma Bapa Malaysia di Kuching semalam. Turut kelihatan, Awang Tengah (kiri).

KUCHING: Sistem Operasi Bandar Pintar pertama di Malaysia akan dibangunkan di Kuching di bawah Pelan Induk Bandar Pintar Kuching (KSCMP).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak merancang untuk memulai projek ini dengan Darul Hana di Petra Jaya untuk dihubungkan dengan platform pintar ini sebelum berkembang ke kawasan lain.

“Setelah ART (Autonomous Rapid Transit) bermula, ia akan dihubungkan semula dengan platform pintar ini dan kemudian akan dikembangkan ke kawasan lain termasuk Padawan dan Samarahan.

“Dengan kata lain, semua kawasan Kuching akan disatukan dengan sistem ini,” katanya pada Majlis Pelancaran KSCMP dan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak juga merancang untuk memperluas konsep ini ke Bintulu termasuk membangunkan ART di sana.

“Selepas itu, projek ini akan diperluaskan di Bintulu kerana Samalaju dan Kidurong akan berkembang. Jadi, kita juga memerlukan ART antara Bintulu dan Samalaju untuk kemudahan penduduk di sana dari segi mobiliti sekali gus mereka juga akan dihubungkan dengan jaringan pintar ini,” ujarnya.

KSCMP adalah salah satu usaha Kerajaan Sarawak untuk mengubah bandar utama di Sarawak menjadi bandar pintar.

Katanya, masa depan cerah bagi Sarawak menjelang 2030 dengan pembangunan bandar pintar yang bersih dan mesra alam.

Turut hadir, Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Dr Zaidi Razak serta Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Pembinaan benteng pemecah ombak siap 30 peratus
Next: KSCMP: Kuching sebagai model

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.