Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pertahankan Kanun Tanah Negeri – Abang Jo
  • TEMPATAN

Pertahankan Kanun Tanah Negeri – Abang Jo

Utusan Sarawak 5 years ago
PERTAHAN HAK… Abang Johari diiringi Abdullah meletakkan kunci Jabatan Tanah dan Survei (JTS) sebagai simbolik perasmian HIIT 2020 yang turut dihadiri Awang Tengah dan menteri lain.• Foto PEJABAT KETUA MENTERI

LAWAS: Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi jaminan akan terus mempertahankan Kanun Tanah Negeri sebagai hak mutlak negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam perkara ini meskipun pengurusan tanah terpaksa melihat undang-undang dalam Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian 1963.

Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak akan melihat apa juga peruntukan dalam Perjanjian Malaysia sebagai asas untuk melihat hak negeri ini yang terhakis secara sengaja atau tidak sengaja.

“Waktu perundingan yang dipengerusikan di antara mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mahathir dulu, saya telah menyenaraikan kepada jawatankuasa tanah di bawah senarai negeri.

“Banyak perkara lain timbul, kadang-kadang orang nak menyentuh hal tanah, saya dan rakan- rakan GPS akan mempertahankan perkara ini,” kata beliau pada Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HIITS) 2020 semalam.

Seterusnya Abang Johari menegaskan bahawa Sarawak mempunyai autonomi ke atas tanah negeri.

“Tanah negeri adalah autonomi kita dan Sarawak mempunyai Kanun Tanah Negeri dan bukan Kanun Tanah Nasional,” ujarnya.

Pendirian itu dizahirkan oleh Abang Johari kepada pihak tertentu yang cuba menggabungkan undang-undang Kanun Tanah Negeri dengan undang-undang lain.
Selain itu kata beliau, ada juga pihak yang tidak memahami mengenai Seksyen 6 dan Seksyen 18 sehingga menimbulkan masalah dan kontroversi.

“Bagaimanapun pegawai- pegawai Jabatan Tanah dan Survei (JTS) telah berjaya memberi penjelasan efektif kepada pihak yang berkepentingan mengenai perkara tersebut,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia Datuk Henry Sum Agung, Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion, Pengarah JTS Sarawak Abdullah Julaihi, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan kenamaan lainnya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Unit Belia MJKKK santuni penduduk Rumah Seliau
Next: Sarawak agih RM950,000 untuk UNIFOR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.