Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pertahanan muda Liverpool terpaksa berehat setahun
  • SUKAN

Pertahanan muda Liverpool terpaksa berehat setahun

Utusan Sarawak 3 days ago

Leoni terpaksa diusung keluar selepas mengalami kecederaan ketika menentang Southampton. Foto AFP

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Arne Slot memaklumkan pertahanan muda Giovanni Leoni kemungkinan terpaksa berehat hampir setahun selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ketika membuat penampilan sulung.

Pemain berusia 18 tahun itu ditimpa malang ketika membantu The Reds menewaskan Southampton 2-1 dalam aksi Piala Liga, Rabu lalu.

Leoni yang baru sebulan berhijrah dari Parma dengan nilai perpindahan awal 26 juta pound (RM147 juta) dianggap tidak bernasib baik selepas mempamerkan aksi meyakinkan pada penampilan sulung bersama juara Liga Perdana Inggeris itu.

“Dia dalam keadaan sukar kerana koyakan ACL memaksanya berehat panjang. Lebih mengecewakan kerana dia masih muda, baru berpindah ke negara baharu dan beraksi baik pada aksi pertama,” kata Slot menjelang pertemuan menentang Crystal Palace, esok.

Ketiadaan Leoni menyebabkan Slot kini hanya memiliki tiga pertahanan tengah yang cergas iaitu kapten Virgil van Dijk, Ibrahima Konate dan Joe Gomez.

Liverpool sebelum ini cuba mendapatkan kapten Palace, Marc Guehi pada tarikh akhir perpindahan, namun usaha itu gagal selepas kelab berkenaan tidak berjaya mencari pengganti.

Guehi kini menjadi tonggak penting dalam rekod 17 perlawanan tanpa kalah Palace dalam semua kejohanan.

Perlawanan esok menemukan dua pasukan yang masih belum tewas dengan Liverpool memburu kemenangan keenam berturut-turut, meskipun beberapa kemenangan sebelum ini hadir menerusi gol lewat permainan dan nasib baik.

“Jika anda tanya selepas kami berdepan Newcastle, Arsenal dan beberapa aksi sukar lain sama ada mampu raih keputusan maksimum, saya akan katakan tidak. Sebahagian besar perlawanan berakhir sengit dan mungkin kami juga bernasib baik,” kata Slot. – AFP

Continue Reading

Previous: Sukan Borneo Kuching 2025: Sarawak rangkul emas boling padang beregu campuran
Next: Sukan Borneo Kuching 2025: Olahraga Sarawak raih 10 emas hari kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.