Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Persoalan masih berlegar berkaitan Piala Dunia Kelab baharu
  • SUKAN

Persoalan masih berlegar berkaitan Piala Dunia Kelab baharu

Utusan Sarawak 2 days ago

Trofi Piala Dunia Kelab. Foto AFP

MIAMI: Dengan tawaran hadiah wang tunai mencecah AS$1 bilion (RM4.2 bilion), kehadiran bintang-bintang besar bola sepak dan penyertaan kelab dari seluruh dunia, kejohanan Piala Dunia Kelab baharu anjuran Fifa dijangka menjadi satu acara besar.

Namun, kejohanan yang menampilkan 32 pasukan dan akan berlangsung di seluruh Amerika Syarikat (AS) dari 14 Jun hingga 13 Julai itu menerima kritikan dan keraguan sejak Presiden Fifa, Gianni Infantino mula mengemukakan ideanya.

Sebagai kejohanan baharu sepenuhnya dalam kalendar bola sepak yang sudah padat, masih belum dapat dipastikan sama ada pertandingan itu mampu menjadi acara tahunan.

Wakil pemain, termasuk kesatuan global FIFPRO, memberi amaran mengenai beban kerja berlebihan ke atas pemain, manakala ada juga yang mempersoalkan sama ada peminat akan hadir dalam jumlah besar bagi menyaksikan aksi peringkat kumpulan.

“Pemain akan dipaksa beraksi di penghujung musim selama 11 bulan dengan peluang yang sangat sedikit untuk berehat sebelum musim berikutnya bermula,” tegas FIFPRO ketika Fifa secara rasmi mengumumkan kejohanan ini pada 2023.

Sudah pasti, kejohanan ini menambahkan lagi kesibukan kepada jadual barisan pemain bertaraf dunia.

Marcus Thuram (Inter Milan) dan Desire Doue (Paris Saint-Germain) masing-masing beraksi dalam final Liga Juara-Juara pada 31 Mei, sebelum menyertai pasukan kebangsaan mereka dalam aksi final Liga Negara-Negara di Jerman beberapa hari kemudian.

Kini, mereka kembali menyertai kelab masing-masing untuk kejohanan baharu Fifa ini dan kedua-dua pasukan dijangka mara ke peringkat akhir kejohanan.

Aksi-aksi di peringkat akhir yang berkemungkinan mempertemukan kelab gergasi Eropah dengan pasukan terbaik Amerika Selatan, dijangka menarik kehadiran besar penonton.

Namun, masih menjadi tanda tanya sejauh mana sambutan jualan tiket untuk perlawanan peringkat kumpulan yang membabitkan kelab kurang dikenali dari Asia, Amerika Utara dan Afrika. – AFP

Continue Reading

Previous: City pencabar utama Liverpool, bukan United – Gerrard
Next: Zii Jia sah tolak tawaran sertai RTG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.