Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Persidangan pertama selepas 22 tahun
  • GLOBAL

Persidangan pertama selepas 22 tahun

Utusan Sarawak 2 years ago

Korea Utara adakan persidangan kesatuan wartawan buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun dan menggesa ahlinya menjadi "jurucakap yang setia" kepada Parti Pekerja yang memerintah.

SEOUL: Korea Utara buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun  menganjurkan persidangan kesatuan wartawan dan menggesa ahlinya menjadi “jurucakap yang setia” kepada Parti Pekerja yang memerintah.

Persidangan kesembilan Kesatuan Wartawan Korea berlangsung di Pyongyang pada Isnin dan Selasa, disertai oleh pegawai tinggi media negara termasuk penyampai berita Korean Central TV Ri Chun-hee, lapor Yonhap memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA). 

Pada persidangan itu, pengerusi jawatankuasa pusat kesatuan itu menyeru ahlinya supaya menerima dasar dan pendirian parti pemerintah sebagai “kebenaran mutlak” dan menjadi “jurucakap setia” untuk memimpin pembinaan negara sosialis.  

Ahli-ahli sebulat suara mengundi untuk menyemak peraturan kesatuan, namun KCNA tidak memberikan butiran mengenainya.

Selain itu, ahli-ahli kesatuan turut memilih pengerusi dan naib pengerusi baharu jawatankuasa pusat.

Menurut KCNA, persidangan itu berfungsi sebagai peluang penting untuk menambah baik penerbitan dan pelaporan berita dengan menetapkan ideologi parti pemerintah sebagai “garis panduan yang kukuh.” – Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Colombia naikkan tahap amaran letusan gunung berapi Nevado del Ruiz 
Next: Gelaran ‘Ratu Camilia’ tertera pada kad undangan istiadat pertabalan Raja Charles

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.