Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persidangan Pemandu Pelancong Asia Tenggara perkukuh industri pelancongan Sarawak
  • TEMPATAN

Persidangan Pemandu Pelancong Asia Tenggara perkukuh industri pelancongan Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Snowdan Lawan pada sidang media Sarawak menjadi tuan rumah Persidangan Pemandu Pelancong Asia Tenggara di Bangunan Baitulmakmur II Petra Jaya hari ini.

PETRA JAYA: Sekitar 1,000 delegasi dari seluruh Asia Tenggara dijangka menghadiri Persidangan Ketiga Pemandu Pelancong Asia Tenggara 2026 yang akan berlangsung di Kingwood Hotel, Sibu dari 13 hingga 15 Oktober ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata, penganjuran persidangan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Sarawak dalam memperkukuh sektor pelancongan di peringkat serantau.

Beliau berkata, pemandu pelancong memainkan peranan penting sebagai penyampai sejarah dan budaya, selain menjadi penghubung yang menjadikan sesuatu lawatan lebih bermakna kepada pelawat.

“Namun, golongan ini kini berdepan cabaran baharu susulan perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) yang mengubah cara pelancong merancang perjalanan mereka.

DATUK Snowdan Lawan bercakap kepada media pada sidang media Sarawak menjadi tuan rumah Persidangan Pemandu Pelancong Asia Tenggara di Bangunan Baitulmakmur II Petra Jaya, hari ini.

“Justeru, persidangan ini menjadi platform strategik untuk kita menilai cabaran semasa serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan pemain industri pelancongan di Asia Tenggara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena persidangan tersebut di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Menurutnya, Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 2030 (PCDS 2030) turut mengenal pasti pelancongan sebagai salah satu tonggak utama ekonomi negeri.

“Sektor ini bukan sahaja menjana pendapatan, malah membuka peluang pekerjaan, memperkukuh komuniti serta memelihara warisan semula jadi dan budaya.

“Kejayaan agenda ini bergantung kepada sumber manusia, khususnya peranan pemandu pelancong,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Sarawak menyasarkan kehadiran lima juta pelawat menjelang 2026 dengan penekanan kepada kualiti pengalaman pelancong.

“Bagi menyokong pertumbuhan ini, kita memerlukan tenaga kerja pelancongan yang berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi masa depan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pemilihan Sibu sebagai lokasi penganjuran adalah bagi menyokong pembangunan pelancongan yang lebih inklusif serta memperluas manfaat ekonomi ke seluruh negeri.

“Saya menggalakkan semua pemain industri, pelajar dan pihak berkepentingan memanfaatkan platform ini sepenuhnya kerana apabila kita memperkukuh pemandu pelancong, kita turut memperkukuh sektor pelancongan,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Snowdan mendedahkan lima negara teratas penyumbang ketibaan pelawat ke Sarawak bagi Februari lalu ialah Brunei dengan 106,955 orang, diikuti Indonesia (50,611), China (8,778), Singapura (6,314) dan Filipina (3,970).

Menurutnya, pasaran Singapura mencatat peningkatan ketara sebanyak 76.22 peratus dalam berbanding bulan sebelumnya.

“Ini menunjukkan potensi besar pasaran Asia Tenggara, namun kita juga perlu mengambil kira faktor global seperti konflik semasa yang memberi kesan kepada industri pelancongan.

“Sebab itu kita perlu menyusun semula strategi pelancongan, dan persidangan seperti ini amat penting dalam membantu kita merangka pendekatan yang lebih berkesan,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah adakan ziarah Aidilfitri ke kediaman wakil rakyat di Miri
Next: Catuan diesel ancam kecekapan logistik pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.