Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persidangan Antarabangsa Cina Muslim 18 – 20 Ogos ini sasar 200 penyertaan
  • TEMPATAN

Persidangan Antarabangsa Cina Muslim 18 – 20 Ogos ini sasar 200 penyertaan

Utusan Sarawak 2 years ago

Profesor Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin (kiri), Amelia Roziman, Datin Norhana Ng merakam gambar bersama poster persidangan selepas sidang media Persidangan Antarabangsa Cina Muslim 2023 yang akan diadakan di Kuching buat julung kalinya pada 18 hingga 20 Ogos ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Persidangan Antarabangsa Cina Muslim 2023 yang dijadualkan berlangsung di sini pada 18 hingga 20 Ogos ini bakal mempromosikan konsep Malaysia Madani dan menyasarkan sekitar 200 penyertaan.

Presidennya, Profesor Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, ia akan menjadi landasan untuk ulama, pemimpin, pakar dan masyarakat bertukar pandangan secara meluas untuk  mempromosikan pembangunan dan kemakmuran dalam kalangan Cina Muslim di seluruh dunia.

Yap berkata persidangan itu akan menampilkan pelbagai sesi dan bengkel mengenai topik seperti pendidikan, perniagaan dan kewangan, budaya serta peranan Cina Muslim dengan rakyat lain dalam mempromosikan keamanan dan pembangunan.

“Peserta juga akan berpeluang melibatkan diri dalam sesi perangkaian dan menyertai aktiviti kebudayaan yang menampilkan kekayaan sejarah dan tradisi masyarakat Cina Muslim serta penyertaan dalam bengkel halal Malaysia,” katanya.

“Pada hari pertama dan kedua, persidangan akan lebih tertumpu kepada sesi dan bengkel. Hari terakhir, kita akan bawa peserta jelajah Bandar raya Kuching,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, terdapat kira-kira 60,000 orang Cina Muslim rakyat Malaysia setakat ini dengan 600 daripadanya adalah ahli persatuan itu.

Persidangan yang akan berlangsung selama tiga hari bertemakan “Peranan dan Impak Cina Muslim Mendepani Masa Depan” itu dijangka menarik penyertaan luar seperti dari Thailand, Brunei, Singapura, China dan Taiwan.

Selain itu, penyertaan daripada wakil agensi kerajaan, para akademik dan orang awam turut dialu-alukan.

Persidangan buat julung kalinya diadakan di Kuching kali ini adalah secara percuma dan MACMA juga merancang untuk mengadakan beberapa bengkel melalui platform dalam talian.

Maklumat lanjut mengenai persidangan itu boleh didapati di http://www.macma.my/main.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Tun Taib bersama keramaian berbuka puasa, solat maghrib, isyak, bertarawih
Next: Dijangka 1,000 pengunjung hadiri majlis Nuzul al-Quran 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.