Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persiapan rapi jika banjir masa mengundi 
  • WILAYAH

Persiapan rapi jika banjir masa mengundi 

Utusan Sarawak 2 years ago

SOKONGAN….. Calon GPS Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah (tengah) bersama Ahli Dewan Undangan Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail (duduk bersebelahan) bergambar bersama belia di Limbang. 

LIMBANG: Orang ramai tidak perlu risau berdepan kemungkinan banjir pada hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu ini.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata ini kerana pelbagai agensi berkaitan termasuk pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan.

“Memang kita dapat lihat banyak kawasan terutama di pedalaman terputus hubungan akibat banjir. Bagaimanapun, ini hanya sementara dan tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita tidak keluar mengundi.

“Melihat kepada keadaan cuaca dan ramalan semasa, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila mengetahui pusat mengundi akan dinaiki air malah ada yang terpaksa dipindahkan bergantung kepada keadaan.

“Jangan risau kerana saya yakin kerajaan dan SPR akan memantau keadaan bukan sahaja di Limbang atau Sarawak tetapi di seluruh negara,” katanya ketika ditemui d sini hari ini.

Katanya, menjadi kewajipan untuk orang ramai keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka.

Hasbi juga berkata, jentera kempennya berjalan lancar dan telah pergi ke seluruh Limbang untuk memberi pemahaman mengenai kepentingan GPS membela hak rakyat di Sarawak.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Letupan: Orang ramai dinasihat jangan panik 
Next: Kereta terbalik, pemandu selamat 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.