Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persiapan rapi Gawai Dayak di Rumah Panjang Pakut, Sibuti
  • Utara
  • WILAYAH

Persiapan rapi Gawai Dayak di Rumah Panjang Pakut, Sibuti

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SELAMAT GAWAI… Penduduk rumah panjang Tr Lingu Jilan, Pakut Sibuti pagi tadi sibuk menyediakan pelbagai persiapan untuk sambutan Gawai Dayak menjelang tiba pada tengah malam nanti.

BEKENU: Penduduk Rumah Panjang Tuai Rumah (Tr) Lingu Jilan di Pakut, Sibuti telah siap menyediakan pelbagai keperluan bagi menyambut perayaan Gawai Dayak yang akan bermula tengah malam ini.

Tinjauan Utusan Sarawak di rumah panjang tersebut hari ini mendapati kaum wanita sedang sibuk menyiapkan pelbagai jenis ketupat yang akan digunakan dalam upacara miring pada petang ini.

Difahamkan bahawa selesai miring nanti akan diadakan makan beramai-ramai di ruai masing-masing sekitar 4.00 petang dengan persembahan hiburan.

Sementara itu, pada tengah malam nanti, satu lagi acara kemeriahan yang menjadi tradisi wajib setiap tahun sempena Gawai ialah upacara minum ‘ai pengayu’.

Bagi masyarakat Iban, salah satu ritual pada sambutan Gawai ialah minum ai pengayu, iaitu tuak yang diperbuatdaripada beras dan ragi.

Ai pengayu merupakan tuak yang dicampurkan dalam satu tempayan besar hasil sumbangkan oleh setiap pintu di rumah panjang di sini.

Ai pengayu diminum sebagai permohonan untuk panjang umur dan kesihatan daripada Petara (tuhan dalam kepercayaan pagan), iaitu ‘Salampandai’ yang dipercayai sebagai pemberi kehidupan kepada manusia.

Sempena Gawai di sini, ramai penduduk telah mula bercuti, dan anak-anak yang bekerja di bandar turut pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga.

Oleh Adum Liu

Tags: Utara

Continue Reading

Previous: JBPM Zon Tujuh Limbang laksana kempen keselamatan sempena Gawai
Next: Sikap cuai punca utama kemalangan maut di Miri – Lee Kim Shin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.