Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persiapan kunjungan hormat Premier Sarawak, fokus Projek Symposium Batang Lupar
  • TEMPATAN

Persiapan kunjungan hormat Premier Sarawak, fokus Projek Symposium Batang Lupar

Utusan Sarawak 4 hours ago
DAYANG Noorazah menghadiri Mesyuarat persediaan bagi penyelarasan dan perbincangan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dipengerusikan oleh Datu Dr. Cassidy Morris, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

KUCHING: Mesyuarat persediaan bagi penyelarasan dan perbincangan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berlangsung hari ini dengan fokus utama pada perancangan Projek Symposium Batang Lupar.

Mesyuarat dipengerusikan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Datu Dr. Cassidy Morris dan disertai pegawai kanan daripada pelbagai agensi terlibat.

Perbincangan menekankan perancangan awal projek serta beberapa inisiatif pembangunan lain di kawasan Bandar Sri Aman.

DAYANG Noorazah menghadiri Mesyuarat persediaan bagi penyelarasan dan perbincangan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dipengerusikan oleh Datu Dr. Cassidy Morris, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

Koordinasi pelaksanaan dan kandungan perbentangan yang akan dibawa semasa kunjungan hormat turut menjadi fokus utama mesyuarat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor hadir bagi memastikan projek pembangunan di kawasan tersebut dapat dijayakan dengan baik.

JKR Sarawak menegaskan komitmen memberikan sokongan teknikal penuh untuk memastikan setiap projek dilaksanakan lancar dan memberi impak positif kepada rakyat.

Dayang Noorazah menyatakan penghargaan terhadap komitmen JKR Sarawak dan agensi lain yang menyokong pembangunan demi kesejahteraan rakyat Batang Lupar dan Sri Aman.

“Insya-Allah, setiap perancangan yang dirangka akan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Banduan larikan diri dari Penjara Sri Aman, polis aktifkan Op Tutup
Next: Sarawak perkenal sistem digital sepenuhnya EFS mulai 1 Januari 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.