Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persiapan Konvensyen PBB Zon Betong 2026 diperkemas melalui mesyuarat koordinasi
  • TEMPATAN

Persiapan Konvensyen PBB Zon Betong 2026 diperkemas melalui mesyuarat koordinasi

Utusan Sarawak 1 hour ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Konvensyen PBB Zon Betong 2026 di Pejabat Timbalan Premier Sarawak, hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier.

PETRA JAYA: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Betong 2026 bagi membincangkan persiapan serta penyelarasan penganjuran konvensyen berkenaan.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam, Ahli Parlimen Betong Dato Dr Richard Rapu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Mohamad Duri.

Selain itu Ahli Dewan Negara, Senator Susan Chemerai Anding; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Roseline Mapong; Ketua Wanita PBB Cawangan Bukit Saban, Natasha Nasa Uggah; pegawai-pegawai Pusat Khidmat serta wakil-wakil jawatankuasa kecil yang terlibat.

Pelbagai perkara berkaitan perancangan program, penyelarasan jawatankuasa, aspek logistik serta pengisian konvensyen telah dibincangkan bagi memastikan Konvensyen PBB Zon Betong 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Konvensyen tersebut dijangka menjadi platform penting dalam memperkukuh kesepakatan parti, menyelaras hala tuju organisasi serta mempererat hubungan antara kepimpinan dan akar umbi di Zon Betong.

Dalam pada itu, PBB Sarawak akan mengadakan konvensyen melibatkan empat zon dari Julai hingga September depan bagi memperkukuhkan parti di peringkat akar umbi.

Konvensyen berkenaan melibatkan Zon Selatan, Zon Betong, Zon Tengah dan Zon Utara, dengan setiap zon dipengerusikan oleh pemimpin kanan parti.

Konvensyen itu bukan sahaja bertujuan menghimpunkan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi, malah menjadi medan untuk memperkukuhkan organisasi parti agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran termasuk pilihan raya pada masa akan datang.

PBB Sarawak kini mempunyai seramai 396,000 ahli aktif di seluruh Sarawak, sekali gus memperlihatkan kekuatan dan sokongan berterusan terhadap parti itu di seluruh negeri.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap gesa GPS kekal konsisten dan bersatu menjelang PRN Sarawak
Next: JKR Sarawak tegas larang aktiviti memanjat dan berswafoto berbahaya di Jambatan Batang Lupar 1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.