Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Persiapan bekalan daging Ramadan, Aidilfitri 2026 sudah bermula
  • SEMASA

Persiapan bekalan daging Ramadan, Aidilfitri 2026 sudah bermula

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Para penternak tempatan telah mula membuat persiapan bekalan daging bagi menghadapi bulan Ramadan serta sambutan Aidilfitri pada tahun hadapan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Mohamad berkata bekalan daging negara sepanjang tempoh tiga tahun kebelakangan ini sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat termasuk ketika permintaan meningkat semasa musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha.

Beliau berkata umat Islam dijangka menyambut Ramadan pada bulan Februari manakala Aidilfitri di penghujung Mac 2026.

“Persiapan bekalan daging sudah pun dimulakan dari sekarang oleh penternak tempatan… dengan perancangan awal, kerjasama penternak dan sokongan dasar yang betul, bekalan daging untuk rakyat tahun hadapan juga akan terus terjamin,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Penerbangan MASwings Miri–Sibu dibatalkan berulang kali, penumpang kecewa
Next: Hormati keputusan mahkamah, jangan raih keuntungan politik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.