Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persiapan awal Aidilfitri, orang ramai elak pembelian panik jika raya mengejut
  • TEMPATAN

Persiapan awal Aidilfitri, orang ramai elak pembelian panik jika raya mengejut

Utusan Sarawak 6 hours ago
TINJAUAN di pasar raya Kota Samarahan mendapati orang ramai mula membuat persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri dengan membeli pelbagai barangan keperluan.

KOTA SAMARAHAN: Tinjauan di pasar raya di sini mendapati orang ramai mula membuat persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri dengan membeli pelbagai barangan keperluan.

Bahagian barangan basah seperti ayam, daging dan makanan laut dilihat sesak dengan pelanggan, manakala ruang yang menjual bahan membuat kuih seperti tepung, gula, mentega serta biskut turut dipenuhi pengunjung yang ingin menyediakan juadah raya lebih awal.

Rata-rata pengguna memilih untuk berbelanja lebih awal bagi mengelakkan pembelian panik susulan khabar angin kemungkinan sambutan Aidilfitri yang berlaku lebih awal daripada jangkaan.

TINJAUAN di premis yang menjual pakaian raya pula mendapati suasana tidak terlalu sesak meskipun orang ramai sudah mula membuat persiapan Aidilfitri.

Sementara itu, tinjauan di premis yang menjual pakaian raya pula mendapati suasana tidak terlalu sesak meskipun orang ramai sudah mula membuat persiapan Aidilfitri.

Keadaan tersebut dipercayai kerana sebahagian pengguna kini lebih memilih membeli pakaian raya menerusi platform dalam talian yang menawarkan pelbagai pilihan serta kemudahan pembelian tanpa perlu ke kedai fizikal.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Astana Sarawak giat buat persiapan akhir Majlis Rumah Terbuka 1 Syawal ini
Next: Premier Sarawak saksikan simbolik penyerahan zakat perniagaan Yayasan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.