Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Persembahan sulung Radja, Wali bersama bakal gegar peminat Malaysia 10 Januari depan
  • HIBURAN

Persembahan sulung Radja, Wali bersama bakal gegar peminat Malaysia 10 Januari depan

Utusan Sarawak 1 day ago
RADJA dan Wali, dua kumpulan yang pernah menguasai carta lagu cinta era 2000-an kini bersedia mengembalikan kenangan indah peminat pada 10 Januari depan. Foto Galaksi Media

KUALA LUMPUR: Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu cinta atau galau dari negara seberang pada awal 2000-an, nama kumpulan Radja dan Wali pastinya bukan asing, memanggil seribu satu kenangan pahit manis serta menjadi muzik peneman zaman remaja.

Lirik dan melodi ‘berhantu’ lagu Jujur dan Baik-Baik Sayang misalnya, tentu masih segar di ingatan peminat hingga hari ini, malah mengembalikan kenangan zaman cinta monyet dan mewarnai hari-hari “gelap” ketika ditinggalkan sang kekasih.

Setelah dua dekad, dua kumpulan popular dari Indonesia ini bakal bergabung di atas satu pentas buat kali pertama, dan lebih manis bukan di tanah kelahiran mereka, sebaliknya di Malaysia yang menjadi antara negara paling kuat menyokong karya kedua-dua kumpulan itu sejak awal lagi.

Moldy Kusnadi, pemain gitar kumpulan Radja, berkata konsert yang dijadualkan 10 Januari depan bukan sahaja bermakna buat dirinya, malah seluruh anggota yang kini terdiri daripada Ian Kasela dan Seno Aji, kerana merupakan kali pertama mereka disatukan di satu pentas besar.

“Di Indonesia pun tak pernah terjadi lagi kumpulan Wali bergabung bersama-sama Radja. Ini pertama kali dan sangat istimewa,” katanya pada sidang media konsert yang diadakan secara dalam talian hari ini.

“Akan ada kejutan buat peminat yang hadir di konsert itu nanti,” tambahnya.

Konsert bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya itu menjanjikan malam penuh nostalgia dan emosi buat peminat dengan deretan lagu cinta yang masih segar dihasilkan pada awal 2000-an.

Meskipun kumpulan itu kekurangan dua ahli asal, Moldy memberi jaminan persembahan mereka akan kekal bertenaga seperti biasa.

Pemain dram Wali, Tomi turut melahirkan rasa syukur dengan sambutan hangat daripada peminat di negara ini selain berharap konsert akan menjadi jambatan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara dua negara.

“Kami sangat bersyukur lagu-lagu Wali diterima baik di Malaysia. Kita juga hargai masyarakat di sana (Malaysia) yang sudah mengapresiasi Wali hingga sekarang,” katanya, sambil berjanji akan melakukan persembahan terbaik.

Kumpulan Wali yang popular dengan lagu Yank, Cari Jodoh dan Baik-baik Sayang ditubuhkan pada 1999 dan dianggotai oleh Faank (vokalis utama), Apoy (gitar & komposer), Ovie (keyboard) serta Tomi (dram).

Tiket konsert anjuran Impian Al Fateh Sdn Bhd dan GIS Entertainment & Events itu boleh dibeli pada harga bermula RM177 hingga RM977 menerusi fantopia.io.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ibu Hafiz Suip selamat dikebumikan
Next: Pelakon terkenal Hong Kong Simon Yam tiba di Kuching sempena AIFFA 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.