Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Persembahan Noansa, Elly AXLS serikan Cat City Bike Week 2025
  • HIBURAN

Persembahan Noansa, Elly AXLS serikan Cat City Bike Week 2025

Utusan Sarawak 7 hours ago
KUMPULAN Noansa.

PETRA JAYA: Cat City Bike Week 2025 (CCBW 2025) bukan sahaja menjadi medan perkongsian minat permotoran, malah turut memukau pengunjung dengan persembahan hebat daripada kumpulan alternatif, Noansa dan penyanyi rock, Elly AXLS.

Acara yang berlangsung di kawasan parkir Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya ini pada Sabtu ini bakal menyaksikan ribuan pengunjung menikmati pelbagai aktiviti termasuk konvoi motosikal, pameran motosikal klasik dan berkuasa tinggi, serta persembahan pentas yang penuh bertenaga.

Menurut Pengerusi CCBW 2025, Abang Nor Nasaruddin, beliau begitu teruja mengumumkan bahawa kumpulan Noansa dan Elly AXLS akan mengadakan persembahan di Konsert CCBW 2025.

“Pentas CCBW 2025 pastinya lebih meriah dengan kemunculan mereka. Saya berharap CCBW 2025 menjadi sebuah acara yang dekat dengan hati peminat dunia permotoran pada tahun ini,” katanya.

ELLY AXLS

Tambah Nasa, sebelum kemunculan Noansa dan Elly AXLS, terlebih dahulu diadakan upacara penyampaian momento kepada peserta yang berdaftar di CCBW 2025.

“Ini adalah acara penting atau nadi dalam sesebuah acara seumpama ini. Penyampaian momento ini adalah simbol penghargaan kami kepada peserta berdaftar sekali gus memberikan sokongan serta kerjasama penganjuran acara ini.

“Acara ini adalah platform terbaik untuk bertemu komuniti permotoran tempatan dan antarabangsa, menikmati hiburan berkualiti serta merasai sendiri semangat permotoran yang unik di Kuching. Saya tidak nafikan bahawa Cat City Bike Week (CCBW) 2025 semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat permotoran antarabangsa,” katanya.

CAT City Bike Week 2025 (CCBW 2025).

Kumpulan Noansa adalah kumpulan alernatif berasal dari Kuala Lumpur, ditubuhkan pada Oktober 2023, menerusi single pertama berjudul Kembali pada 23 November 2023 di platform digital.

Single kedua berjudul Satu Suara pada 24 Ogos 2024 dan baharu sahaja muncul dengan single berjudul Dunia pada 5 April 2025. Noansa dianggotai oleh Fakhiz (vokal), Faizal (gitar), Areef (gitar utama), Nazrul (bass) dan Justin (dram).

Sementara itu, Elly AXL, vokalis utama kumpulan rock popular AXL yang popular dengan lagu Akulah Kekasihmu dan Andai Dapat Ku Undurkan Masa, turut mencuri tumpuan dengan vokal mantap dan persembahan yang berkarisma.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemeriahan ini dan menyertai pelbagai aktiviti menarik di Cat City Bike Week 2025.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Khemah Cafe tampilkan acara seni ‘indie’ raikan Hari Sarawak
Next: Siti Nurhaliza, Ade Govinda kembali bersatu ‘Menamakanmu Cinta’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.