


KOTA SAMARAHAN: Pengarah Kerja Raya Sarawak, Datu Dr. Cassidy Morris hari ini telah mengadakan lawatan persediaan sempena pra-pembukaan Jambatan Batang Lupar 1 yang dijadualkan pada Khamis depan, 21 Mei 2026.
Menurut kenyataan media JKR Sarawak, lawatan tersebut bertujuan meninjau tahap kesiapsiagaan akhir projek.
Ini termasuk aspek keselamatan, laluan trafik, kemudahan pengguna jalan raya serta penyelarasan akhir bersama pihak berkaitan sebelum jambatan dibuka kepada orang awam.