Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persediaan hadapi bencana banjir
  • TEMPATAN

Persediaan hadapi bencana banjir

Utusan Sarawak 3 years ago
PERSEDIAAN… Anggota Pertahanan Asajaya memastikan segala aset logistik dalam keadaan baik.

ASAJAYA: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Asajaya memantau rapat 114 kampung di sini sebagai persediaan menghadapi bencana banjir berikutan negara kini berada dalam fasa Monsun Timur Laut.

Pegawai Pertahanan Awam (PA) Asajaya, Leftenan Hafizul Samah berkata, kesemua lokasi itu melibatkan perkampungan di daerah Asajaya dan Simunjan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 54 kampung dikenal pasti di Asajaya dan Sadong Jaya,  manakala 60 kampung di Simunjan dan Sebuyau,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Selain itu kata Hafizul, APM Asajaya juga telah membuat pemantauan di sekitar lokasi di daerah ini sejak November tahun lalu.

Sehubungan itu, sebanyak 35 pusat pemindahan sementara (PPS) berjaya dikenal pasti terletak di beberapa kawasan kampung di sini.

Mengulas lanjut kata Hafizul, sebanyak 18 PPS  bertempat di Asajaya dan Sadong Jaya, manakala 17 PPS di kawasan Simunjan dan Sebuyau dan setakat ini, masih tiada PPS dibuka.

Sebagai persediaan APM menghadapi bencana banjir katanya, kesemua anggota dinasihatkan sentiasa berada di daerah masing-masing.

“Persediaan aset longistik turut disiap siagakan dengan menyediakan dua bot serta enjin, lori, ambulans dan kenderaan pacuan empat roda masing-masing satu, lima jaket keselamatan serta 150 unit khemah,” katanya.

Oleh SYAMIMI HUSNA

Continue Reading

Previous: Kabinet Sarawak Baharu dan Kesinambungan Pembangunan
Next: Bersama makmurkan Satok – Ibrahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.