Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persatuan Tuan Tanah Sarikei raikan warga emas, beri inspirasi kepada pelajar cemerlang
  • Tengah
  • WILAYAH

Persatuan Tuan Tanah Sarikei raikan warga emas, beri inspirasi kepada pelajar cemerlang

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERSATUAN Tuan Tanah Sarikei menerima sumbangan daripada Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Buang Tiong Sii. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Persatuan Tuan Tanah Sarikei bukan sekadar meraikan perayaan, malah menjadi platform menghargai sumbangan warga emas serta memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan.

Hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Katanya, penganjuran majlis tersebut mencerminkan nilai perpaduan masyarakat dan penghargaan terhadap golongan yang telah banyak berjasa kepada pembangunan negara dan masyarakat.

“Golongan pemilik rumah kedai merupakan antara pemacu utama ekonomi tempatan kerana menyumbang kepada perkembangan sektor perniagaan.

“Selain itu, ia juga menyumbang peluang pekerjaan dan pembangunan bandar Sarikei,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut, di sini, baru-baru ini.

Katanya, penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang turut membuktikan komitmen berterusan persatuan dalam menyokong bidang pendidikan sebagai asas penting dalam membentuk masa depan negara.

“Pendidikan adalah pelaburan jangka panjang yang akan menentukan masa depan generasi akan datang.

“Saya berharap para pelajar akan terus berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang,” katanya.

Tiong Sii turut menyentuh mengenai pelaksanaan projek jalan dan jambatan yang menghubungkan Sarikei ke Tanjung Manis yang siap pada Mac tahun lalu.

“Pelaksanaan projek ini adalah hasil sokongan rakyat serta komitmen kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memastikan pembangunan yang seimbang dan berterusan,” katanya lagi.

Pada majlis tersebut, beliau menyalurkan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada Persatuan Tuan Tanah Sarikei sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan aktiviti tahunan, program kebajikan dan inisiatif pendidikan persatuan.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang di kebun ditemui selamat
Next: Dua tan lebihan makanan manfaat 1,000 penerima melalui MySaveFood Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.