Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persatuan Tuai Rumah Ulu Mukah perkasa pentadbiran
  • TEMPATAN

Persatuan Tuai Rumah Ulu Mukah perkasa pentadbiran

Utusan Sarawak 5 years ago
RASMI… Yussibnosh Balo memukul gong untuk merasmikan Persatuan Tuai Rumah Tellian pada Khamis lalu, sambil disaksikan oleh Penghulu Mawar dan tetamu lain.

MUKAH: Penubuhan Persatuan Tuai Rumah Kawasan Ulu Mukah boleh memperkasakan lagi pentadbiran kawasan masing-masing.


Demikian pendapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Yussibnosh Balo, mengenai Persatuan Tuai Rumah  Tellian yang baru ditubuhkan.

“Penubuhan Persatuan Tuai Rumah Kawasan Ulu Mukah ini merupakan satu inisiatif yang baik, dan kawasan ini  adalah   di bawah pentadbiran atau jagaan Penghulu Mawar  Awang,” ujarnya.

Justeru, beliau percaya penubuhan persatuan ini akan menjadi platform buat tuai rumah-tuai rumah untuk memperkasakan lagi pentadbiran kawasan masing-masing terutamanya dari segi adat-istiadat dan perancangan pembangunan fizikal di kawasan rumah panjang mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persatuan Tuai Rumah  Tellian(PTR Tellian) yang diadakan dekat sini, pada malam Khamis lalu.

Selain itu kata beliau, ia juga boleh merapatkan hubungan antara tuai rumah dari sudut sosioekonomi dan budaya. 

“Saya berharap agar penubuhan persatuan ini akan berjalan dengan lancar dan  bermanfaat untuk penduduk di bawah jagaan tuai rumah masing-masing,” kata dia lagi.

Yussibnosh berkata beliau pernah difahamkan  bahawa ada  juga dalam kalangan tuai-tuai rumah di sesuatu kawasan tidak mengenali rakan sejawat, mungkin disebabkan kawasan terlalu besar atau jarak yang agak jauh.

“Sebelum ini saya mendapati ada di kalangan tuai rumah tidak mengenali rakan tuai rumah yang lain dan bekerja bersendirian melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,” tambahnya.

Justeru, beliau berkata  tuai rumah yang baharu perlu belajar dari pengalaman tuai rumah yang telah lama berkhidmat dan begitu juga sebaliknya. Juga hadir pada majlis yang berlangsung di rumah panjang Rumah  Anderson Kalong Pandong, di Jalan Bukit Inkerbai Mukah bertemakan ‘Ngemansangka Menua, Nyerakupka Rakyat’ berkenan  ialah Penghulu Mawar Awang.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: MOTAC rancakkan pelancongan kesihatan
Next: Lebuh Raya Pesisir Utara Pacu perdagangan, pelaburan BIMP-EAGA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.