Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persatuan Nelayan Kawasan Sematan/Lundu digesa lebih proaktif perkasa ahlinya
  • Selatan
  • WILAYAH

Persatuan Nelayan Kawasan Sematan/Lundu digesa lebih proaktif perkasa ahlinya

Utusan Sarawak 5 hours ago
AZIZ bersama ahli-ahli yang hadir ke Mesyuarat Agong PNK Sematan/Lundu kali ke-45 di Dewan Mahligai Lundu.

LUNDU: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sematan/Lundu digesa supaya lebih proaktif dalam memperkasa ahlinya agar tidak hanya bergantung kepada aktiviti penangkapan ikan semata-mata, sebaliknya mampu muncul sebagai usahawan produk hiliran yang berdaya saing.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Abang Draup berkata, PNK Sematan/Lundu bukan sekadar persatuan nelayan biasa, malah merupakan pemacu utama pembangunan komuniti nelayan di kawasan barat negeri ini.

Menurut beliau, persatuan yang mempunyai 593 ahli itu merangkumi tiga zon strategik iaitu Sematan, Lundu dan Sempadi, sekali gus memainkan peranan penting dalam merancakkan ekonomi biru di wilayah berkenaan.

AZIZ dalam ucapannya menggesa ahli-ahli persatuan ini lebih proaktif memacu ekonomi biru.

“Kerajaan Sarawak komited memastikan setiap ahli persatuan mendapat manfaat daripada projek pembangunan seperti Anjung Usahawan, menaik taraf jeti dan pembinaan jalan titian.

“Usaha ini membuka ruang kepada ahli bukan sahaja menjadi penangkap ikan, tetapi turut berkembang sebagai usahawan produk hiliran yang berdaya saing,” katanya yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Tanjung Dato semasa menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-45 PNK Sematan/Lundu di Dewan Mahligai Gading, di sini hari ini

Menurut beliau, sejajar dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), kerajaan melalui Jabatan Pertanian Sarawak dan agensi berkaitan terus menyalurkan Bantuan Input Peralatan Perikanan.

Aziz berkata, sistem permohonan bantuan kini dipermudahkan secara dalam talian selaras dengan agenda ekonomi digital negeri, dan pihak pengurusan PNK digalakkan membantu ahli membuat pendaftaran supaya tiada yang tercicir daripada menerima manfaat.

“Transformasi digital adalah kunci kepada masa depan komuniti nelayan. Dengan sokongan kerajaan dan akses digital yang lebih meluas, ahli PNK berpeluang mengembangkan perniagaan hiliran, memasarkan produk secara dalam talian dan menjana pendapatan tambahan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa melalui pendekatan bersepadu itu, kerajaan negeri menyasarkan peningkatan produktiviti, pengukuhan ekonomi keluarga nelayan serta sumbangan lebih signifikan kepada pembangunan sosioekonomi Sarawak menjelang 2030.

Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Zulkarnain; Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sematan/Lundu, Sharkawi Nawi dan Pengurus Besar Persatuan PNK Sematan/Lundu, Awang Izarrudin Awang Suut. – JAPEN

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perayaan berbilang budaya bentuk perpaduan kanak-kanak sejak usia muda
Next: Warga emas dikhuatiri hilang di Long Napir, operasi SAR dilancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.