Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persatuan Melanau Kuching platform terbaik belia Melanau
  • TEMPATAN

Persatuan Melanau Kuching platform terbaik belia Melanau

Utusan Sarawak 3 years ago

KUCHING: Menerusi pelbagai aktiviti bakal diadakan Persatuan Melanau Kuching (PMK) tahun ini, ia dilihat sebagai platform terbaik dalam mengembangkan potensi belia Melanau di Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol kepada media selepas merasmikan Majlis Iftar, Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Wisma Melanau Kuching, malam Sabtu lalu.

Beliau berkata, usaha persatuan tersebut selari dengan agenda kerajaan dalam memberi fokus kepada warga belia terutama mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Kuching.

“Justeru, Wisma Melanau akan dijadikan pusat mengumpul belia Melanau yang berada di Kuching dan berkongsi mengenai hala tuju kerajaan selain insiatif yang disediakan kerajaan dari segi keusahawanan dan sebagainya kepada mereka,” katanya.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menambah, beliau turut mengakui kebanyakan masyarakat Melanau di sekitar Kuching berasal dari kawasan pedalaman.

Disebabkan itu katanya, dengan adanya platform tersebut dapat berkongsi secara dua hala tentang pandangan, hasrat dan cita-cita belia berhubung perancangan yang sepatutnya dilakukan di kawasan mereka.

“Kerana secara amnya, peluang pekerjaan dan lain-lain sememangnya di bandar tetapi ada juga mereka ingin berjasa dan berbakti kepada kawasan pedalaman dan mereka juga ingin tahu apakah yang dirancang oleh kerajaan di kawasan tempat asal mereka.

“Meskipun kaum Melanau merupakan etnik minoriti di Sarawak, tetapi apa yang ingin kerajaan lakukan adalah supaya warga Melanau aktif, progresif serta menghasilkan generasi terpelajar di samping dapat berbakti kepada negeri dan negara amnya,” katanya.

Pada majlis itu, Abdullah telah menyumbang sebanyak RM10,000 kepada PMK yang diwakili oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga merangkap Presiden PMK, Fridah Osman bagi mempergiatkan aktiviti-aktiviti persatuan berkenaan.

Sementara itu, beliau turut menyempurnakan simbolik penyerahan bantuan daripada PMK kepada anak-anak yatim di Pusat Jagaan Nur Murni dan pemberian duit raya kepada mereka.

Oleh RYNNA SHA’ERRA & SYAMIMI HUSNA

Continue Reading

Previous: 70 golongan asnaf terima sumbangan ihsan
Next: Kos RM50,000 jeti belian wajar – JKR Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.