Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persatuan Kayan Sarawak jadi penghubung aspirasi masyarakat Kayan
  • Utara
  • WILAYAH

Persatuan Kayan Sarawak jadi penghubung aspirasi masyarakat Kayan

Utusan Sarawak 6 hours ago
 DATUK Gerawat Gala menandatangani plak kehadiran beliau pada Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu 2026 dan Apresiasi PKS cawangan Miri yang diadakan di sebuah hotel di Miri, baru-baru ini.

MIRI: Persatuan Kayan Sarawak (PKS) memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan serta memperkukuh identiti dan budaya masyarakat Kayan di negeri ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Gerawat Gala, berkata kerajaan Sarawak sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan masa depan negeri, khususnya generasi muda, lebih terjamin.

Beliau berkata, antara inisiatif signifikan ialah pelaksanaan pendidikan percuma di Sarawak.

Melalui dasar itu, kerajaan negeri komited menyediakan peluang pendidikan lebih luas kepada anak-anak Sarawak agar mereka dapat melanjutkan pengajian tanpa dibebani kos tinggi.

“Ini merupakan pelaburan besar kerajaan negeri dalam membangunkan modal insan berkualiti bagi masa depan Sarawak. Dengan adanya inisiatif ini, kita berharap lebih ramai anak dari kawasan luar bandar, termasuk komuniti Kayan, dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negeri,” katanya.

TERIMA KASIH…Datuk Gerawat Gala menyampaikan sijil penghargaan kepada AJK lama PKS pada Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu 2026 dan Apresiasi PKS cawangan Miri yang diadakan di sebuah hotel di Miri, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu 2026 dan Apresiasi PKS cawangan Miri yang diadakan di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli PKS bagi sesi 2023–2025 atas usaha memajukan persatuan serta menjaga kebajikan masyarakat, selain mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa baharu.

Menurutnya, peranan PKS amat penting dalam memastikan suara masyarakat Kayan didengari serta aspirasi komuniti diketengahkan kepada kerajaan.

Tambah beliau, ketika ini terdapat tujuh cawangan PKS di seluruh Malaysia yang menyatukan masyarakat Kayan walau di mana mereka berada.

Pada majlis tersebut, Gerawat turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM15,000 daripada peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi membantu PKS.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Sarawak perkenal sistem pengurusan sisa pepejal lebih mampan
Next: PSS rancang sambutan jubli 75 tahun pada 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.