Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persatuan Foochow Lawas terus kukuh selepas 50 tahun penubuhan
  • WILAYAH

Persatuan Foochow Lawas terus kukuh selepas 50 tahun penubuhan

Utusan Sarawak 2 days ago
BERSAMA PEMIMPIN… Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agongbersama Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok, Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan merakamkan gambar kenangan bersama pemimpin masyarakat Cina Daerah Limbang dan Lawas, semalam.  

LAWAS: Masyarakat Foochow Lawas telah memberi kerjasama baik kepada kepimpinan dan masyarakat majmuk lainnya di daerah berkenaan.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong memberitahu masyarakat Foochow Lawas melalui Persatuan Foochow Lawas sentiasa bergerak aktif dan turut menyumbang kepada pembangunan Lawas diperingkat akar umbi.

“Kita amat menghargai kerjasama yang erat daripada masyarakat Foochow di Lawas yang turut menyumbang kepada ekonomi tempatan di akar umbi.

Malahan kerjasama dan keharmonian dengan masyarakat majmuk lain di Lawas turut menjadikan kehadiran mereka dirasai,” katanya.

POTONG KEK… Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agongbersama para pemimpin masyarakat Cina Limbang dan Lawas memotong kek Ulang Tahun ke-50 Persatuan Foochow Lawas, semalam.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Persatuan Foochow Lawas di Bangunan Persatuan Foochow Lawas, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Foochow Lawas, Penghulu Yong Kah Chu, Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok, Penghulu Dennis Liaw dan pemimpin masyarakat Cina Daerah Limbang dan Lawas lainnya.

Seterusnya, Henry Sum berharap kerjasama baik daripada masyarakat Foochow bersama masyarakat majmuk terus dapat menyumbang kepada kemakmuran Sarawak amnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir besar jejas Daerah Subis, 191 mangsa dipindahkan ke PPS SMK Bekenu
Next: Projek naik taraf Kolam Renang Awam Miri disambung Februari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.