Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persatuan Cina perlu seimbang antara tradisi, kemodenan
  • TEMPATAN

Persatuan Cina perlu seimbang antara tradisi, kemodenan

Utusan Sarawak 2 days ago
BARISAN BAHARU JAWATANKUASA…
(dari lima kiri, depan) Thomas Tieng Mee Tung, Richard Wee Liang Chiat, David Teng Lung Chi merakam kenangan bersama barisan baharu jawatankuasa induk, wanita dan pemuda Persatuan Klan Deng Sarawak ke-21, malam tadi.

SIBU: Persatuan keturunan (klan) dan pertubuhan masyarakat Cina disaran menyesuaikan diri dengan arus perubahan zaman tanpa mengabaikan nilai-nilai tradisi agar kekal relevan dan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial masyarakat.

Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak (SFCCA), Dato Richard Wee Liang Chiat, berkata keseimbangan antara pemeliharaan warisan budaya dan penerimaan kemodenan amat penting dalam memastikan kesinambungan perjuangan serta kekuatan komuniti.

“Kita mesti terus memelihara semangat budaya tradisional, tetapi pada masa yang sama berani berinovasi dan bergerak seiring dengan perkembangan zaman,” katanya semasa berucap pada Majlis Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baharu Penggal Ke-21 Persatuan Klan Deng Sarawak, malam tadi.

Wee turut menggalakkan penyertaan aktif golongan muda dalam urusan persatuan agar warisan nilai dan semangat kekeluargaan dapat diteruskan.

“Anak muda perlu diberi ruang dan digalakkan menyertai aktiviti persatuan. Gunakan teknologi untuk meningkatkan kecekapan pengurusan serta kukuhkan hubungan dengan kerajaan dan pertubuhan lain,” ujarnya.

Katanya, kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memperkenalkan pelbagai dasar penting termasuk pelaksanaan pendidikan tinggi percuma yang disifatkan sebagai langkah bersejarah dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat.

“Kita semua tahu pendidikan ialah asas kepada pembangunan negara dan kunci kepada masa depan. Inilah sebabnya masyarakat Cina sentiasa menitikberatkan pendidikan vernakular serta terus menyokong sekolah-sekolah Cina,” katanya.

Wee turut menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa baharu yang dilantik, sambil menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Persatuan Klan Deng Sarawak, Datuk David Teng Lung Chi yang disifatkannya sebagai seorang tokoh masyarakat berwawasan dan berpengalaman luas dalam kerja sosial.

“Saya percaya di bawah pimpinan beliau, persatuan ini akan terus maju dan mencapai kejayaan lebih besar,” ujarnya lagi.

Beliau turut menggesa agar masyarakat Cina terus memainkan peranan aktif dalam agenda pembangunan Sarawak demi kesejahteraan generasi akan datang.

Turut hadir Presiden Persatuan Klan Deng Sarawak Datuk David Teng Lung Chi, Setiausaha Agung yang juga pengerusi penganjur Dato Thomas Tieng Mee Tung, Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming, Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Sempurai Petrus Ngelai serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: HASS sambut baik dua langkah baharu kerajaan negeri perkukuh kebajikan haiwan
Next: Keanggunan tradisional Suziana Sampang rangkul Ratu Pesta Simunjan 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.