
LAWAS: Persatuan Anak Jati Lawas, Kuching mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, dipimpin oleh Pengerusi persatuan, Datu Sanib Said.
Pertemuan berlangsung di Bilik Tetamu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan turut dihadiri Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, SAC Rizal Abd Rahman Sidek; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa; serta Ketua Mahkamah Syariah Sibu, Yang Arif Tuan Abdul Kadir.

Menurut kenyataan persatuan, kunjungan itu bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara Persatuan Anak Jati Lawas, Kuching dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam aspek keselamatan, keharmonian masyarakat, dan pembangunan komuniti setempat.
Kedua pihak juga bertukar pandangan dan maklumat bagi meningkatkan penyertaan ahli persatuan dalam program PDRM kontinjen Sarawak.
Oleh Adeng Idris