Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persatuan alumni pemacu hubungan erat bekas pelajar, pembangunan sekolah
  • WILAYAH

Persatuan alumni pemacu hubungan erat bekas pelajar, pembangunan sekolah

Utusan Sarawak 10 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama ahli lembaga pengurusan baharu Persatuan Alumni Tong Hua. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Peranan persatuan alumni sebagai penggerak utama hubungan erat bekas pelajar dan penyumbang kepada pembangunan sekolah terus diperkukuh menerusi penglibatan aktif alumni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata sejak penubuhannya, Persatuan Alumni Tong Hua telah berjaya menyatukan para alumni dan menyumbang secara signifikan kepada masyarakat setempat.

“Pelantikan barisan kepimpinan baharu persatuan ini menandakan satu permulaan lebih dinamik dengan tanggungjawab lebih besar dalam memperkukuh peranan alumni terhadap pembangunan institusi pendidikan.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah dilantik di mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Alumni Tong Hua,” katanya.

Koung Hiing berkata demikian ketika berucap di majlis angkat sumpah ahli lembaga pengurusan penggal kedua Persatuan Alumni Tong Hua di dewan Persatuan Sosial Masyarakat Tulai, malam tadi. 

Beliau tutut menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan baharu ahli lembaga pengurusan persatuan tersebut.

“Saya yakin kepimpinan baharu akan terus memupuk semangat perpaduan, mengeratkan hubungan alumni dan menyumbang kepada kemajuan sekolah dan masyarakat setempat.

“Pendidikan merupakan asas penting kepada kemajuan negara, manakala pendidikan bahasa Cina memainkan peranan signifikan dalam memelihara warisan budaya masyarakat Cina,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa para alumni agar terus menyokong pembangunan sekolah melalui pelbagai bentuk sumbangan termasuk kewangan, kepakaran dan dorongan moral demi manfaat generasi akan datang.

Di majlis tersebut, Kuong Hiing turut mengumumkan penyaluran geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Alumni Tong Hua untuk menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan persatuan bagi 2026.

Turut hadir ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tong Hua, Lau Sie Ngo; Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tong Hua, Sii Ngiik Hoon dan Presiden Ahli Lembaga Pengurusan Persatuan Alumni Tong Hua, Chien Pik Ung.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sabah berhadapan cabaran bekalan tenaga – TPM Fadillah
Next: Kampung Baru tidak pernah tercicir dari arus pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.