Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Persaingan beregu campuran semakin kompetitif – EE Wei
  • SUKAN

Persaingan beregu campuran semakin kompetitif – EE Wei

Utusan Sarawak 13 hours ago
PEMAIN beregu campuran negara Toh Ee Wei. FOTO BAM

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei mengakui persaingan dalam kem kebangsaan kini semakin kompetitif, apabila beberapa bakat baharu seperti Loo Bing Kun dan Chan Wen Tse mula mencuri tumpuan menerusi disiplin tinggi dan komitmen penuh semasa sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.

Pemenang Terbuka Korea 2024 itu yakin berbekalkan komitmen yang konsisten, mereka berpotensi besar untuk tersenarai sebagai antara gandingan terbaik dunia dan bersaing di pentas kejohanan bertaraf elit.

“Mereka ini sangat berdisiplin, kerja keras pun memang nampak. Jadi, saya percaya kalau mereka kekalkan momentum ini, pasti akan hasilkan keputusan yang baik.

“Sebagai (pemain senior), saya nak bantu naikkan nama Bing Kun supaya lebih ramai kenal siapa dia. Harap dalam tempoh singkat kami bergandingan ini dapat beri pengalaman bermakna kepada dia,” katanya kepada pemberita di Axiata Arena semalam.

Ee Wei bergandingan bersama Bing Kun dalam dua kejohanan, dengan pencapaian terbaik mara ke suku akhir Terbuka Taiwan 2025, sebelum terkandas di pusingan kedua Masters Malaysia 2025.

Sebelum ini, Ee Wei membentuk gandingan utama negara bersama Chen Tang Jie, namun dipisahkan sementara susulan ketegangan dalam hubungan mereka yang dikatakan bermula sejak temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Bagaimanapun, kedua-dua pemain yang berada di ranking kelima dunia itu mencapai kata sepakat untuk kembali bergandingan bermula pada Terbuka Singapura 2025 minggu depan.

Situasi itu secara tidak langsung membuka ruang kepada pemain lain seperti Bing Kun dan Wen Tse (gandingan kepada Tang Jie) untuk menonjolkan potensi apabila diberi peluang bergandingan bersama antara pemain utama negara.

“Berkenaan saya dengan Tang Jie yang akan bersaing pada Terbuka Singapura, nanti kita tengok dekat Singapura macam mana,” katanya. — Bernama

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik ke suku akhir, kontroversi jejaskan Kai Xing-Aaron Tai
Next: Penglibatan aktif belia penting untuk ASEAN yang influsif, berdaya tahan – Hannah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.