
LAWAS: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail telah berkongsi ucapan Hari Malaysia 2025 kepada rakyat Malaysia khususnya penduduk di Dewan Undangan Negeri Bukit Kota Limbang.
“Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga di DUN Bukit Kota.
Tanggal 16 September setiap tahun mengingatkan kita tentang detik bersejarah pembentukan Malaysia pada tahun 1963, yang menyatukan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak di bawah satu bendera. Inilah asas kepada perpaduan, keharmonian dan kemajuan yang kita kecapi hingga ke hari ini.
Marilah kita terus memelihara semangat perpaduan, kerjasama dan toleransi dalam kalangan masyarakat majmuk demi memastikan Malaysia terus aman, makmur serta berdaya saing dalam arus pembangunan global.
Semoga dengan semangat Hari Malaysia ini, kita semua akan terus berganding bahu dalam membina masa depan yang lebih cemerlang untuk negeri Sarawak khasnya dan Malaysia amnya, ” ucapnya melalui perkongsian kepada Utusan Sarawak hari ini.
Oleh Adeng Edrus