Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perpaduan Sarawak jadi contoh, Tun Wan Junaidi sampaikan ucapan Good Friday dan Easter
  • TEMPATAN

Perpaduan Sarawak jadi contoh, Tun Wan Junaidi sampaikan ucapan Good Friday dan Easter

Utusan Sarawak 5 hours ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mengucapkan selamat menyambut Good Friday dan Easter. Foto Astana Sarawak

KUCHING: Perpaduan utuh masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak terus menjadi kekuatan negeri ini, kata Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sempena sambutan Good Friday dan Easter.

Dalam perutusannya, beliau menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu tempoh bermakna untuk refleksi dan pembaharuan, selain menekankan nilai kefahaman serta keharmonian yang menjadi tunjang kepada masyarakat majmuk di negeri ini.

Menurutnya, keunikan fabrik sosial Sarawak terus diperkukuh melalui hubungan erat antara rakyat pelbagai kaum dan agama yang sentiasa mengamalkan sikap saling menghormati, termasuk mengunjungi antara satu sama lain serta meraikan perayaan dalam suasana muhibah.

“Amalan sederhana seperti berkongsi makanan, bertukar ucapan dan saling mengambil berat mencerminkan erti sebenar perpaduan yang kita hargai,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun berbeza pegangan agama, rakyat Sarawak kekal bersatu melalui nilai bersama seperti kasih sayang, kebaikan dan hormat-menghormati yang menjadi asas kepada keamanan serta keharmonian negeri ini.

Sementara itu, beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta keluarga turut menyampaikan ucapan salam hormat dan selamat menyambut kepada penganut Kristian di seluruh negeri.

Tambahnya, sambutan tersebut diharap dapat membawa kegembiraan, ketenangan dan kesejahteraan kepada mereka yang meraikannya, selain mengingatkan kepentingan institusi keluarga, kebersamaan dan nilai kemanusiaan sejagat.

Dalam masa sama, beliau menggesa semua lapisan masyarakat agar terus memupuk semangat perpaduan dan saling menghormati bagi memastikan keharmonian yang dinikmati di Sarawak kekal utuh untuk generasi akan datang.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS, Everise hulur bantuan makanan kepada 50 penghuni Flat KMC
Next: Lorong Sungai Apong dinaik taraf, keselamatan pelajar jadi fokus MBKS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.