Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perpaduan rumah panjang terus jadi benteng keharmonian luar bandar
  • TEMPATAN

Perpaduan rumah panjang terus jadi benteng keharmonian luar bandar

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Begunan, Datuk Mong Dagang semasa mengadakan kunjungan sempena Ngabang Gawai Antu di Rumah Panjang Mubuk Selepong Jagu, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

SIMANGGANG: Nilai perpaduan, sikap saling menghormati, dan semangat tolong-menolong dalam kalangan masyarakat rumah panjang terus menjadi tunjang utama kepada keharmonian hidup berbilang kaum, khususnya di kawasan luar bandar negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang menegaskan bahawa keunikan budaya hidup bermasyarakat ini merupakan aset penting yang menjamin kestabilan sosial sejak sekian lama.

Menurut beliau, keharmonian yang dikecapi hari ini tidak datang dengan mudah melainkan melalui kesedaran tinggi setiap individu.

Beliau berkata, semangat kebersamaan tersebut sering dipupuk melalui pelbagai upacara adat seperti Gawai Dayak, Gawai Antu, dan pelbagai keraian tradisional yang lain. Acara-acara ini bukan sekadar sambutan bermusim, malah merupakan platform penyatuan yang sangat efektif bagi penduduk setempat.

“Upacara sebegini bukan sahaja memperkukuh ikatan kasih sayang sesama penghuni rumah panjang, tetapi turut menjadi simbol kekuatan budaya dan warisan nenek moyang yang perlu kita banggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan kunjungan sempena Ngabang Gawai Antu di Rumah Panjang Mubuk Selepong Jagu, semalam.

Tambah Mong lagi, amalan seperti musyawarah, menghormati pendapat orang lain dan tradisi membantu sesama jiran (gotong-royong) bukanlah sesuatu yang asing di rumah panjang. Nilai-nilai murni ini telah sebati dalam jiwa setiap penduduk sebagai identiti masyarakat Sarawak.

Beliau turut menggesa agar generasi muda tidak mengabaikan nilai-nilai murni ini di tengah-tengah arus pemodenan. Katanya, warisan ini adalah harta yang tidak ternilai dan perlu diwarisi turun-temurun agar identiti masyarakat luar bandar terus terpelihara dan dihormati oleh pihak luar.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa kestabilan politik dan pembangunan yang dinikmati ketika ini adalah hasil daripada perpaduan yang utuh. Tanpa rasa hormat antara satu sama lain, sukar bagi sesuatu kawasan untuk bergerak maju dan membangun dengan lancar.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: HDC nafi dakwaan tular pengagihan Rumah Sri Pertiwi
Next: RM39,000 diperuntuk naik taraf laluan pejalan kaki di Kota Sentosa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.